KWSP Umum Dividen 6.40 Peratus Tahun 2015

KWSP Umum Dividen 6.40 Peratus Tahun 2015

Berita terbaik buat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja apabila KWSP umum dividen 6.40 peratus tahun 2015. Pembayaran ini adalah berjumlah RM 38.24 bilion secara keseluruhannya.

Sejumlah RM 5.98 bilion telah diperlukan bagi membayar setiap satu peratus kadar dividen tahun 2015. Ianya telah mendatangkan peningkatan sebanyak 10.13 peratus berbanding dengan RM 5.43 bilion pada tahun 2014.

Tambahan pula, peningkatan bayaran dividen ini kerana petambahan aset pelaburan KWSP kepada RM 684.53 bilion sehingga 31 Disember 2015. Pendapatan kasar pula telah bertambah sebanyak 13.18 peratus kepada RM 44.23 bilion jika dibandingkan dengan RM 39.08 bilion pada tahun 2014.

Pendapatan pelaburan kasar yang diperolehi melalui strategi yang berkesan di beberapa negara dan pasaran. Ianya memberikan peluang untuk menjana keuntungan dan mengetahui pelaburan yang terbaik.

KWSP umum dividen 6.40 peratus tahun 2015 disebabkan oleh pulangan yang terbaik daripada sumber bukan ringgit sebanyak 48 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP sepanjang tahun 2015.
0 Komentar untuk "KWSP Umum Dividen 6.40 Peratus Tahun 2015"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top