Tunku Mahkota Johor Secara Rasmi Pemilik JDT

Leave a Comment
Tunku Mahkota Johor Secara Rasmi Pemilik JDT

Berita terbaru yang diketahui bahawa Tunku Mahkota Johor secara rasmi pemilik JDT. Tunku Ismail Sultan Ibrahim merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam memajukan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Datuk Ismail Karim selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ). Tunku Ismail sebelum ini merupakan Penaung Diraja PBNJ.

Tambahan pula, penyokong-penyokong pasukan Harimau Selatan diberitahu bahawa mulai musim 2016 secara rasminya Tunku Mahkota Johor akan menjadi pemilik kepada kelab bola sepak JDT.

Baginda yang juga merupakan Penaung Diraja PBNJ akan tetap meneruskan misi dan visi untuk membangunkan pasukan bola sepak negeri Johor sehingga ke tahap yang tertinggi di Malaysia dan di dunia.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: