Tiga Pelajar Malaysia Maut di Jordan Dikenal Pasti

Leave a Comment
Tiga Pelajar Malaysia Maut di Jordan Dikenal Pasti

Berita terbaru yang berlaku di Jordan apabila tiga pelajar Malaysia maut di Jordan dikenal pasti iaitu Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana' Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie.

Maklumat ini diperoleh daripada portal rasmi Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ). Fatin Iqmal Idziyani adalah berasal dari Kuala Lumpur manakala Hana dan Al Najiatun Nailah adalah berasal dari Kelantan.

Nama-nama mangsa diperoleh dari Hospital Kerajaan Mafraq di negara Jordan. Pelajar-pelajar Malaysia yang terselamat ialah Izzam Hasif dan Fatin Noor Syahirah. Izzam mengalami kecederaan di kaki dan patah tangan manakala Fatin pula cedera di muka dan rahang.

Izzam berasal dari Negeri Sembilan dan Fatin berasal dari Kelantan akan dipindahkan ke hospital di Amman. Pihak kedutaan dan Education Malaysia Jordan masih lagi membuat perbincangan dengan waris mangsa sama ada tiga pelajar Malaysia maut di Jordan dikenal pasti tersebut akan di bawa pulang ke Malaysia atau pun tidak.

Pelajar-pelajar berkenaan menaiki sebuah kereta yang dalam perjalanan ke Mafraq untuk menghadiri suatu majlis ilmu. Warga Jordan turut berada di dalam kereta tersebut dan kemalangan tersebut telah berlaku di Ashrafiyeh, Wilayah Mafraq, Jordan.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: