Sut Angkawasan Sheikh Muszaphar di bawa ke Malaysia

Sut Angkawasan Sheikh Muszaphar di bawa ke Malaysia

Penantian yang cukup lama iaitu selama sembilan tahun sangat berbaloi apabila berita sut angkasawan Sheikh Muszaphar di bawa ke Malaysia. Sut angkasa yang dipakai oleh Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor adalah semasa berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2007.

Sut angkasa ini yang diberikan nama sebagai SOKOL adalah seberat 9.5 kilogram. Ianya dibeli bersama dengan syarikat Aladdin Group Global.

Sheikh Muszaphar berasa sangat seronok apabila dapat membawa pulang sut angkasa ini di mana ianya menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

Tambahan pula, sut ini akan dipamerkan kepada semua rakyat Malaysia seterusnya diharapkan dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk meminati bidang sains dan teklonogi.

Sut angkasawan Sheikh Muszaphar di bawa ke Malaysia telah diserahkan oleh angkasawan dari Persekutuan Angkasa Russia iaitu Salizhan Sharipov.

Ianya akan dipamerkan di Menara MBMR pada setiap hari dengan bermula pada pukul 10 pagi sehingga 4 petang. Pada bulan Februari 2016 ianya akan dibawa untuk siri jelajah ke seluruh negara.
0 Komentar untuk "Sut Angkawasan Sheikh Muszaphar di bawa ke Malaysia"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top