Remaja Perempuan Didenda RM300 Kerana Lawan Perogol

2 comments
Remaja Perempuan Didenda RM300 Kerana Lawan Perogol

Berita yang terkini di Sonderborg, Denmark iaitu remaja perempuan didenda RM300 kerana lawan perogol. Remaja perempuan tersebut berumur 17 tahun didenda atas sebab menggunakan senjata terlarang iaitu penyembur lada bagi mempertahankan diri daripada dirogol.

Tambahan pula, remaja perempuan tesebut telah mendakwa diserang oleh seorang lelaki lebih kurang pukul 10 malam dan perogol tersebut telah cuba untuk membuka pakaian remaja perempuan itu.

Perogol tersebut berjaya melarikan diri selepas disembur dengan penyembur lada. Penyembur lada ini telah menyelamatkan remaja perempuan daripada dirogol.

Walau bagaimanapun, nasib buruk yang lain pula yang dihadapi oleh remaja perempuan tersebut. Pihak polis telah menyatakan bahawa memiliki atau menggunakan penyembur lada adalah dilarang dan remaja tersebut akan dikenakan denda sebanyak RM309.47.

Remaja perempuan didenda RM300 kerana lawan perogol akan dibantu oleh orang awam selepas mereka semua mengetahui perkara tersebut. Orang awam sedang berusaha untuk mengumpulkan dana bagi membantu remaja perempuan tersebut untuk membayar denda yang dikenakan.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

2 comments:

Raihanah Ahmad said...

undang2 sekarang banyak menyebelahi penjenayah

anah said...

kat malaysia pun dah ke arah itu