Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Bermula 28 Januari 2016

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermula 28 Januari 2016 dan ini merupakan berita yang gembira kepada rakyat Malaysia yang memohon BR1M. 

Pemberian BR1M 2016 untuk kategori isi rumah dan warga emas bakal diagihkan sebanyak empat peringkat dalam setahun. Ianya akan bermula pada 28 Januari, 28 April, 23 Jun dan 28 September.

Tambahan pula, kategori individu yang bujang berumur 21 tahun dan ke atas di mana mempunyai pendapatan tidak melebihi RM 2,000 bakal menerima bantuan RM 400 secara sekali gus bermula 28 Januari 2016.

Selain itu, pemberian BR1M ini diharapkan dapat digunakan oleh penerima untuk merancang perbelanjaan dengan baik terutamanya untuk membeli barang-barang keperluan dapur.

Pemberian BR1M 2016 dan Skim Khairat Kematian (SKK) yang diteruskan telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2016.

Isi rumah yang mempunyai pendapatan RM 3,000 ke bawah akan ditingkatkan BR1M daripada RM 950 kepada RM 1,000 manakala pula bagi isi rumah mempunyai pendapatan antara RM 3,001 sehingga RM 4,000 akan ditingkatkan BR1M daripada RM 750 sehingga RM 800.

Kategori baharu juga diperkenalkan iaitu semua penerima yang berada di dalam senarai e-Kasih yang mepunyai pendapatan bulanan di bawah RM 1,000 akan menerima BR1M sebanyak RM 1,050.

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermula 28 Januari 2016 bakal dikreditkan terus ke dalam akaun penerima manakala yang tidak mengemukakan akaun bank jadi baucar akan diedarkan kepada penerima. Baucer tersebut boleh ditunaikan di mana-mana sahaja cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi Skim Khairat Kematian (SKK), bantuan sebanyak RM 1,000 akan diberikan kepada waris penerima BR1M di bawah kategori isi rumah dan warga emas.

Tuntutan SKK hanya boleh dibuat di mana-mana sahaja cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Dokumen kematian yang sah perlu dikemukakan dan kad pengenalan asal waris. Waris yang dinamakan di dalam borang sahaja yang layak untuk menuntut SKK. Penerima yang belum lagi mengemaskini maklumat waris boleh berbuat demikian di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Akhir sekali, pertanyaan-pertanyaan boleh dibuat melalui talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada br1m@treasury.gov.my dan pihak yang berkenaan akan membantu berkaitan BR1M dan SKK.
0 Komentar untuk "Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Bermula 28 Januari 2016"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top