Pesawat Air Canada Terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Halifax Stanfield

Leave a Comment
Pesawat Air Canada Lapangan Terbang Antarabangsa Halifax Stanfield

Baru sahaja berita berkenaan Pesawat Airbus A320 Germanwings terhempas di Banjaran Alps, sekarang kedengaran berita mengenai Pesawat Air Canada yang terbabas semasa sedang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Halifax Stanfield di Nova Scotia, Kanada.

Kemalangan tersebut telah pun melibatkan 135 orang penumpang dan lima anak kapal di lapangan terbang tersebut. Berita mengatakan bahawa tiada kecederaan dilaporkan berlaku. Seramai 25 orang penumpang telah pun di bawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjutan.

Tambahan pula, pesawat penerbangan 624 yang berlepas dari Toronto telah berada dalam keadaan yang begitu teruk. Ianya juga berkemungkinan akibat pesawat tersebut telah melanggar tiang elektrik.

Selain itu, keadaan cuaca yang tidak menentu akibat salji tebal juga mungkin menyebabkan kemalangan itu berlaku. Lapangan tersebut telah bergelap akibat terputus bekalan elektrik tetapi beberapa jam kemudian bekalan elektrik di lapangan terbang tersebut telah dipulihkan.
Read More

Awal Ashaari Pengacara Melodi Kemalangan Kereta di Melaka

Leave a Comment
Awal Ashaari Pengacara Melodi Kemalangan Kereta di Melaka

Perkara terbaru yang diketahui pada tengah hari tadi bahawa pengacara terkenal iaitu Awal Ashaari telah pun terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Plus. Tragedi ini berlaku semasa dalam perjalanan ke siaran langsung Melodi di Melaka.

Pengacara Melodi tersebut mengalami kemalangan berdekatan dengan R&R Ayer Keroh, Melaka arah selatan. Kereta yang dipandu oleh Awal Ashaari mengalami kerosakan yang teruk.

Tambahan pula, Awal Ashaari ditemani oleh Izuan Mokhtar semasa perjalanan untuk ke siaran langsung Melodi yang dibuat sempena Jom Heboh di Stadium Ayer Keroh.

Selain itu, Awal Ashaari telah pun di bawa ke Hospital Melaka dengan ambulans bagi menerima rawatan lanjut. Kereta beliau masih lagi berada di kawasan kemalangan supaya pegawai penyiasat dapat melaksanakan tugas mereka sebelum kereta digerakkan ke bengkel yang berdekatan.

Menurut pemerhatian di situ, Awal Ashaari tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius dan sama-sama kita doakan supaya beliau akan cepat sembuh.
Read More

Pesawat Airbus A320 Germanwings Terhempas di Banjaran Alps

1 comment
Pesawat Airbus A320 Germanwings Terhempas di Banjaran Alps

Syarikat penerbangan Germanwings dalam keadaan yang terkejut apabila pesawat Airbus A320 miliknya telah pun terhempas di kawasan pedalaman Banjaran Alps di selatan Perancis. Berita mengatakan kemungkinan semua 150 penumpang dan kru dipercayai terbunuh.

Pesawat berkenaan telah menghantar isyarat kecemasan pada pukul 10.47 pagi (5.47 petang waktu tempatan) sebelum terhempas di kawasan gunung tersebut.

Panggilan kecemasan tersebut diterima selepas pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang El Prat, Barcelona pada pukul 9.55 pagi waktu tempatan (4.55 petang waktu Malaysia).

Pesawat tersebut terhempas ketika dalam penerbangan dari Barcelona menuju ke bandar raya Duesseldorf di Jerman.

Berita tidak rasmi juga ada menyatakan bahawa pesawat tersebut menjunam dari ketinggian 10,668 meter tetapi tidak jatuh dengan cukup cepat apabila pesawat hilang kawalan.
Read More

Perlawanan Penentuan Liverpool dan Manchester United di Anfield 22 Mac 2015

Leave a Comment
Perlawanan Penentuan Liverpool dan Manchester United di Anfield

Pada malam ini akan berlangsung pertembungan di antara dua kelab gergasi utama di England iaitu Liverpool dengan Manchester United. Pertembungan ini bakal berlangsung di Anfield di mana tiga mata menjadi buruan utama kedua-dua pasukan.

Pasukan Liverpool tentunya akan membalas dendam di atas kekalahan 3-0 mereka kepada Manchester United di Old Trafford pada bulan Disember 2014 yang lalu.

Tambahan pula, kedatangan Manchester United ke gelanggang lawan pastinya akan mendapat sambungan yang luar biasa terutamanya daripada peminat Liverpool. Mereka mahukan Liverpool berjaya menumbangkan Manchester United sekaligus akan menghuni tempat keempat Liga Perdana Inggeris.

Sekiranya Liverpool tewas, pasukan ini terpaksa bersaing dengan kelab-kelab lain seperti Southampton dan Tottenham Hotspur yang juga berhasrat untuk mendapatkan tiket bersaing di Liga Europa.

Kemenangan Manchester United akan menamatkan rekod tanpa kalah pasukan Liverpool yang bertahan sejak Diember 2014 di mana Manchester United merupakan pasukan terakhir yang menewaskan mereka.

Saya sebagai peminat Manchester United mengharapkan pasukan ini akan memenangi perlawanan ini dan akan berpeluang untuk bersaing dalam Liga Eropah pada musim 2015/2016.
Read More

Hukum Hudud Diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan

1 comment
Hukum Hudud Diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan

Setelah sekian kalinya perkara ini diperkatakan maka pelaksaan hukum hudud di Kelantan akan menjadi kenyataan setelah Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) Pindaan 2015 telah pun diluluskan secara keputusan penuh di Dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum proses ini akan di bawa ke Parlimen.

Tambahan pula, ianya menjadi peristiwa yang bersejarah kerana membabitkan keputusan 100% yang dibuat bersama oleh 44 Ahli DUN Kelantan termasuklah daripada Barisan Nasional seramai 12 orang manakala ADUN tunggal Parti Keadilan Rakyat.

Selain itu, Kelantan kekurangan seorang ADUN disebabkan oleh kematian ADUN Chempaka iaitu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berlaku pada 12 Februari 2015.

Datuk Ahmad Yaakob selaku Menteri Besar Kelantan menyatakan ucapan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dalam perbahasan dan pergulungan dalam sidang DUN.

Sejarah telah pun dicatatkan yang bukan ditulis di handsard tetapi yang lebih penting akan menyentuh jiwa raga seterusnya percaya bahawa undang-undang tersebut merupakan perkara yang terbaik untuk membendung kegiatan jenayah pada masa kini.
Read More

Nooryana Najwa Anak Perdana Menteri Bernikah Dengan Daniyar Kessikbayev

Leave a Comment

Nooryana Najwa Anak Perdana Menteri Bernikah Dengan Daniyar Kessikbayev

Majlis yang berlaku pada 19 Mac 2015 tidak kurang hebatnya apabila Nooryana Najwa iaitu anak perempuan kepada Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau iaitu Datin Seri Rosmah Mansor bernikah pada hari ini. Pasangan Nooryana Najwa ialah Daniyar Kessikbayev yang berasal dari negara Kazakhstan.

Tambahan pula, Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev saling mengenali antara satu sama lain semasa mereka berdua menuntut di Georgetown University, Washington, Amerika Syarikat pada suatu ketika dahulu.

Majlis pernikahan akan berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di mana upacara akad nikah akan disempurnakan sendiri oleh Datuk Seri Najib.

Tetamu-tetamu kenamaan yang dijangka hadir ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, menteri-menteri besar, ketua-ketua menteri, menteri-menteri Kabinet, timbalan-timbalan menteri, pegawai kanan kerajaan, ahli-ahli politik ahli-ahli korporat, pemimpin masyarakat serta pembesar dan pemimpin dari luar negara.

Majlis resepsi perkahwinan bakal diadakan di Kuala Lumpur dan juga di Pekan, Pahang yang melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.
Read More

Zizan Razak Kemalangan Kereta Ferrari Kuning di Putrajaya

Leave a Comment
Zizan Razak Kemalangan Kereta Ferrari Kuning di Putrajaya

Perkara terbaru yang diketahui iaitu pelakon dan pelawak negara iaitu Zizan Razak telah mengalami kemalangan di Putrajaya. Kemalangan tersebut melibatkan kereta Ferrari Kuning milik beliau seperti yang dimaklumkan oleh pembantu peribadi Zizan.

Kejadian itu berlaku disebabkan oleh Zizan Razak gagal mengawal kenderaan Ferrari Kuning yang dipandu dan mengakibatkan beliau melanggar pembahagi jalan. Zizan Razak sedang dalam perjalanan ke sebuah lokasi penggambaran di Putrajaya semasa perkara ini terjadi.

Kereta yang berjenama Ferrari F430 yang dibawa oleh Zizan Razak tidak mengalami kerosakan yang teruk manakala beliau berada dalam keadaan yang selamat tanpa sebarang kecederaan.

Semoga Zizan Razak pulih daripada tragedi ini dan kembali menyumbangkan bakat yang beliau miliki untuk memajukan industri perfileman dan lawak di negara Malaysia.
Read More

Cap Khas Pos Malaysia Sempena LIMA 2015

2 comments
Cap Khas Pos Malaysia Sempena LIMA 2015

Sampul surat sempena pelancaran Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 bakal digunakan cap khas oleh Pos Malaysia.

Sampul surat tersebut adalah berukuran 190mm x 110mm yang akan mempunyai aksi pertunjukan udara LIMA 2015.

Tambahan pula, mel-mel yang dihantar dari lokasi LIMA 2015 ke mana sahaja di dunia ini bakal mempunyai cap khas terbabit.

Lebih kurang 50,000 keping sampul surat peringatan khas yang terhad akan dijual dengan harga RM 2.50 sehingga 21 Mac 2015.

Selain itu, sampul surat tersebut juga akan mempunyai setem pracetak yang berharga RM 2.00 yang menonjolkan aset maritim dan aeroangkasa sebagai contohnya iaitu kapal laut, jet pejuang, pesawat komersil dan helikopter.
Read More

Rawatan Hemodialisis Bakal Diluaskan di Klinik Kesihatan

1 comment
Rawatan Hemodialisis Bakal Diluaskan di Klinik Kesihatan

Perkhidmatan rawatan hemodialisis akan diperluaskan di Klinik Kesihatan melalui Kementerian Kesihatan. Perkara ini akan memudahkan pesakit terutamanya yang kurang berkemampuan akan mendapatkan rawatan. 

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam selaku Menteri Kesihatan telah menyatakan bahawa lapan buah klinik kesihatan telah pun beroperasi bermula 2013 lagi. Tambahan pula, pihak kementerian menyasarkan akan membuka lima klinik kesihatan yang mempunyai perkhidmatan hemodialisis.

Kita mengetahui bahawa sektor awam tidak mampu untuk menampung jumlah pesakit buah pinggang yang semakin meningkat. Pihak kementerian mengharapkan penglibatan daripada pihak swasta dan badan bukan kerajaan dengan memberikan perkhidmatan menderma mesin hemodialisis kepada klinik-klinik kesihatan.

Selain itu, perkara ini dapat menambahkan kemudahan sedia ada untuk membantu pesakit-pesakit buah pinggang di mana dibantu oleh badan bukan kerajaan dan yayasan-yayasan tertentu.
Read More

Steve Simoff Tukang Cuci Berjalan Kaki 56 Kilometer ke Tempat Kerja

Leave a Comment
Steve Simoff Tukang Cuci Berjalan Kaki 56 Kilometer ke Tempat Kerja

Pengorbanan dilakukan oleh seorang tukang cuci yang bernama Steve Simoff yang berumur 61 tahun. Beliau berjalan kaki sepanjang 56 kilometer dari rumah di Bandar Davis untuk pergi ke tempat kerja di Lakeside Casino di Osceola setiap hari.

Beliau menyatakan bahawa walaupun jarak tersebut sangat jauh tetapi perlu dilakukan untuk menanggung isteri yang bernama Renee yang mempunyai strok dan sakit jantung. Mereka juga mempunyai seorang cucu yang bernama Steven III.

Tambahan pula, kerja ini mesti dilakukan untuk menyara keluarga dengan pendapatan sebanyak RM 32.81 untuk setiap jam bekerja.

Steve Simoff terpaksa tinggal jauh bersama keluarga kerana tidak mampu untuk menyewa di kawasan berhampiran tempat kerja dengan harga sewa yang lebih mahal. 

Beliau berjalan kaki dalam semua keadaan cuaca termasuklah keadaan salji dengan masa purata perjalanan adalah 4 jam sehari. Beliau akan keluar lebih kurang pukul 3.30 petang untuk mula bekerja pada pukul 11 malam dan beliau akan menukar kasut yang baru bagi setiap dua bulan.
Read More

Promosi Jimat Nestle Dilancarkan Selama Sebulan

Leave a Comment
Promosi Jimat Nestle Dilancarkan Selama Sebulan

Nestle Malaysia telah pun melaksanakan program yang terbaik dengan melancarkan promosi 'Lebih Nilai, Lagi Hebat' di seluruh negara. Promosi yang dapat menjimatkan perbelanjaan seisi rumah akan akan bermula 1 Mac sehingga 31 Mac 2015 iaitu selama sebulan.

Tambahan pula, promosi ini adalah yang terbesar yang dilakukan oleh Nestle di Malaysia. Pengguna bakal mendapat potongan harga daripada 10 sehingga 30 peratus.

Promosi yang dijalankan ini bakal menawarkan penjimatan kepada lebih kurang 11 juta pek promosi termasuklah beberapa jenama kegemaran Nestle yang popular seperti Maggi, Milo dan Nescafe.

Selain itu, penjimatan ini akan diperolehi daripada 50 produk Nestle yang disertai hampir daripada 20,000 kedai runcit, pasar raya dan juga pasar raya besar di seluruh Malaysia. 

Para pengguna akan memperoleh faedah berguna hasil daripada promosi ini seperti diskaun melalui pek-pek bonus yang ditawarkan yang menarik dan berkualiti tinggi. Semua pengguna jangan lepaskan peluang yang berharga ini untuk mendapatkan barang-barang daripada Nestle dengan harga yang berpatutan.
Read More