Harga Minyak Petrol RON95 RM 1.70 Seliter Februari 2015

Leave a Comment
Harga Minyak Petrol RON95 RM 1.70 Seliter Februari 2015

Bermula Februari 2015 ini, pihak kerajaan telah pun menurunkan harga runcit petrol sebanyak 21 sen bagi minyak RON95 dan sebanyak 11 sen RON97 yang berkuatkuasa mulai pukul 12.01 pagi ini. Justeru, harga minyak petrol semasa bagi RON95 ialah RM 1.70 seliter dan bagi RON97 pula sebanyak RM 2.00 seliter.

Tambahan pula, harga runcit diesel juga telah diturunkan sebanyak 23 sen menjadi RM 1.70 seliter. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Datuk Seri Hasan Malek.

Harga baru ini hanya berkuatkuasa bagi bulan Februari 2015 sahaja dan pihak kerajaan akan sentiasa memantau harga pasaran dunia untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.
Read More

Malaysia Isytihar Kapal Terbang MAS MH370 Sebagai Satu Kemalangan

Leave a Comment
Malaysia Isytihar Kapal Terbang MAS MH370 Sebagai Satu Kemalangan

Sebentar tadi baru sahaja diadakan pengumuman khas yang telah diketuai oleh Datuk Azharuddin Abdul Rahman selaku Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang telah memberitahu bahawa Malaysia secara rasminya telah pun mengisytihar bahawa semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap telah kehilangan nyawa.

Pengumuman khas tersebut dilaksanakan supaya keluarga mangsa MH370 bakal mendapatkan bantuan yang diperlukan khususnya dari segi pampasan. Pengumuman ini telah pun disiarkan tadi melalui RTM TV1.

Tambahan pula, beliau juga menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah memberikan jaminan bahawa pencarian kapal terbang MAS MH370 tersebut akan kekal sebagai keutamaan dan carian di dasar laut akan diteruskan yang menggunakan empat kapal.

Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua negara dan individu yang telah memberikan bantuan dan sokongan untuk menjalankan misi mencari MH370.
Read More

Tempoh Sejam Mendebarkan Facebook dan Instagram Alami Masalah Teknikal

1 comment
Tempoh Sejam Mendebarkan Facebook dan Instagram Alami Masalah Teknikal

Kejadian hari ini yang telah merungsingkan fikiran rakyat Malaysia kerana dua laman sosial popular tidak dapat di akses iaitu Facebook dan Instagram. Perkara ini berlaku disebabkan oleh masalah teknikal yang berlaku di rantau Asia, Australia dan Amerika Syarikat.

Ramai yang mungkin berpendapat sekiranya kedua-dua laman sosial ini terus dimatikan begitu sahaja maka tidak ada seri lagi la kehidupan ini. Ianya seperti zaman sebelum ini yang tiada Facebook dan Instagram di mana Internet hanya digunakan semata-mata untuk mencari maklumat, menghantar emel dan sebagainya.

Tambahan pula, perkara yang menarik di sini bahawa penggunaan Twitter pula melonjak pada hari ini dengan masalah teknikal yang dihadapi menjadi "trending" apabila tinjauan dibuat di Twitter.

Facebook juga telah memaklumkan bahawa terdapat masalah yang berlaku dan mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk membaikinya dengan cepat. Pengguna-pengguna di Malaysia juga terjejas disebabkan masalah ini kerana ramai di antara pengguna menggunakan Facebook untuk menjual secara dalam talian, menyampaikan maklumat dan perkara-perkara penting yang lain. Bagi Instagram pula, tiada lagi gambar-gambar selfie dapat dimuatkan untuk tontotan umum.

Sejam yang berlalu sungguh mendebarkan di mana dua laman sosial yang popular ini iaitu Facebook dan Instagram telah pun kembali pulih seperti biasa yang telah menggembirakan pengguna-pengguna untuk melaksanakan aktiviti harian dengan menggunakan laman sosial ini.
Read More

Tambang AirAsia Lebih Murah Tiada Surcaj Bahan Api

Leave a Comment
Tambang AirAsia Lebih Murah Tiada Surcaj Bahan Api

Berita baik buat semua yang suka menggunakan khidmat penerbangan dari AirAsia akan menikmati tambang yang lebih murah. Ini disebabkan oleh AirAsia bakal memansuhkan surcaj bahan api yang bermula mulai 26 Januari 2015.

Tambahan pula, Tan Sri Tony Fernandes selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia telah pun menyatakan bahawa pemansuhan surcaj bahan api akan dilaksanakan terhadap semua syarikat yang bernaung di bawah kumpulan AirAsia. Ini juga termasuklah AirAsia X, Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X.

Perkara ini dilakukan apabila harga minyak di pasaran global mengalami penurunan dan AirAsia akan memastikan kos penerbangan adalah pada tahap yang berpatutan.

Selain itu, pemansuhan ini akan memberikan peluang kepada semua untuk melancong ke tempat yang diingini yang memberikan pendapatan kepada industri pelancongan. Ekonomi juga akan berkembang kerana ia juga dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan.
Read More

Pekan Rabu Alor Setar Kedah Dijangka Siap 2 Tahun

Leave a Comment
Pekan Rabu Alor Setar Kedah Dijangka Siap 2 Tahun

Semua penduduk di negeri Kedah rata-ratanya sudah tahu bahawa kompleks perniagaan Pekan Rabu sedang dalam proses untuk dirobohkan. Setiap kali lalu di jalan raya berhadapan dengan kompleks tersebut saya dapati kerja-kerja meroboh sedang giat dijalankan.

Sehubungan dengan itu, semua peniaga yang berjumlah 370 peniaga telah pun dipindahkan sementara ke Ukir Mall bermula 1 Disember 2014 untuk memberi laluan kepada pembinaan kompleks baru setinggi empat tingkat yang menelan belanja sebanyak RM 55.57 juta.

Perkara ini patut dilalukan sebabnya Pekan Rabu sudah terlalu lama dan perlukan suasana yang baru dengan kemudahan yang serba lengkap. Keputusan untuk memindahkan semua peniaga adalah tepat kerana di Ukir Mall mempunyai kemudahan yang baik. Tambahan pula, kedai Kopitiam berhampiran yang penuh sesak pada waktu siang akan memberikan peluang kepada peniaga untuk meningkatkan keuntungan mereka.

Saya sempat bertanya kepada sesetengah peniaga yang meniaga di situ di mana harapan mereka kompleks yang baru dapat disiapkan dalam keadaan terbaik dan mereka dapat berniaga di situ semula dengan keadaan yang sempurna yang memberikan keselesaan kepada pengunjung untuk membeli barang-barang di situ.

Tambahan pula, kerja-kerja meroboh dijangka berakhir pada Mac 2015 dan proses-proses menanam cerucuk dijangka bermula pada April 2015. Saya sebagai anak jati negeri Kedah tidak sabar untuk mengunjungi kompleks Pekan Rabu yang baru dan berharap pembinaan tersebut dapat dijalankan dengan teliti supaya dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.
Read More

Raja Abdullah Arab Saudi Telah Mangkat

Leave a Comment
Raja Abdullah Arab Saudi Telah Mangkat

Berita terbaru yang diketahui bahawa Raja Abdullah Abdulaziz iaitu Raja Arab Saudi telah pun diumumkan mangkat pada awal pagi tadi.

Raja Abdullah meninggal dunia ketika berumur 90 tahun dan baginda akan diwarisi oleh Putera Salman Abdulaziz.

Raja Abdullah telah pun dimasukkan ke hospital kerana telah mengalami jangkitan pada paru-paru.

Baginda telah pun menaiki takhta sebagai Raja pada tahun 2005.
Read More

Perlumbaan Le Tour de Langkawi Bermula 8 Mac 2015

Leave a Comment
Perlumbaan Le Tour de Langkawi Bermula 8 Mac 2015

Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) bagi tahun 2015 bakal melibatkan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,104.9 kilometer.

Ini akan dimulakan di Pulau Langkawi pada 8 Mac 2015 di Kedah seterusnya di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan akan tamat di Kuala Lumpur pada 15 Mac 2015.

Jarak 200 kilometer akan menjadi jarak yang paling mencabar di peringkat kelima iaitu menjadi jarak terpanjang LTdL tahun 2015.

Tambahan pula, peringkat ketujuh akan melibatkan pendakian melalui Genting Highlands yang akan menentukan pemenang pertandingan tersebut.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Human Voyage Sdn Bhd yang berstatus hors classe yang merupakan program terbesar dalam kalendar UCI Asia Tour.
Read More

Gary Steven Robbat Digantung Tiga Bulan oleh FAM

Leave a Comment
Gary Steven Robbat Digantung Tiga Bulan oleh FAM

Kes pemain Gary Steven Robbat berusia 22 tahun yang melibatkan kontroversi di antara tiga pasukan iaitu Kedah, Johor Darul Takzim dan Pahang telah pun menemui titik noktah.

Gary telah pun diputuskan bersalah oleh Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana telah melanggar peraturan perpindahan pemain. Gary telah pun digantung untuk bermain selama tiga bulan dan didenda RM 50,000.

Tambahan pula, Gary Steven Robbat tidak dibenarkan bermain dalam mana-mana kejohanan berkuatkuasa serta merta. Gary juga tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas kontrak yang ditandatangani sebelum 1 Disember 2014 bersama Pahang dan Johor DT adalah tidak sah.

Sementara itu, Kedah juga tidak layak untuk memiliki bekas pemain Harimau Muda A tersebut yang berasal daripada Kulim selepas meneliti bahawa Gary memulakan aktiviti bola sepak bersama Harimau Muda C.

Selain itu, Johor DT telah pun didenda sebanyak RM 100,000 kerana melakukan kecuaian dalam menangani perpindahan pemain manakala Pahang pula hanya diberikan amaran keras oleh FAM.
Read More

Cristiano Ronaldo Raih Anugerah FIFA Ballon D'Or 2014

Leave a Comment
Cristiano Ronaldo Raih Anugerah FIFA Ballon D'Or 2014

Musim yang gemilang bagi Cristiano Ronaldo selepas berjaya menggondol anugerah FIFA Ballon d’Or bagi tahun kedua berturut-turut dan kali ketiga secara keseluruhan.

Penyerang Real Madrid tersebut telah berjaya mengumpul 37.66 peratus undian yang mengatasi Lionel Messi yang mendapat 15.76 peratus.

Tambahan pula, penjaga gol Bayern Munich dan Jerman iaitu Manuel Neuer berada di tempat ketiga dengan 15.72 peratus. Anugerah ini berlangsung pada majlis anjuran FIFA dan majalah France Football.

Kesemua calon ini dipilih berdasarkan kepada undian daripada ketua pasukan dan jurulatih kebangsaan berserta setiap wartawan daripada negara yang terpilih.

Anugerah-anugerah lain yang juga turut disampaikan pada majlis tersebut ialah:

FIFA Ballon D'Or Winner: Cristiano Ronaldo
FIFA Women's World Player Of The Year: Nadine Kessler
FIFA Puskas Award: James Rodriguez
FIFA World Coach Of The Year For Men's Football: Joachim Low
FIFA World Coach Of The Year For Women's Football: Ralf Kellermann
World XI: Neuer; Lahm, Ramos, David Luiz, Thiago Silva; Di Maria, Iniesta, Kroos; Messi, Ronaldo, Robben
FIFA Presidental Award: Hiroshi Kagawa
FIFA Fair Play Award: FIFA Volunteers
Read More

Syarikat MSI Malaysia Lancar Laptop Game MSI GE62

Leave a Comment
Syarikat MSI Malaysia Lancar Laptop Game MSI GE62

Syarikat MSI Malaysia baru sahaja melancarkan laptop game yang terbaru. Ianya MSI GE62 yang mempunyai saiz 15 inci yang sesuai untuk penggemar game.

Tambahan pula, MSI GE62 ini telah ditawarkan dengan pemprosesan Intel Core i7-4720HQ. Grafik yang ditampilkan juga merupakan NVIDIA GeForce 965M terbaru dan juga mempunyai 8GB DDR3 dengan simpanan maklumat sebanyak 1TB HDD.

Seterusnya, laptop ini telah pun mula dijual yang mempunyai skrin IPS 15.6 inci HD Penuh dengan resolusi 1920 x 1800 piksel. Akhir sekali, harga laptop ini yang telah ditetapkan oleh syarikat MSI Malaysia ialah RM 4,799.
Read More

Lelaki Kayuh Basikal Sambil Imbang Tong Gas Atas Kepala

1 comment
Lelaki Kayuh Basikal Sambil Imbang Tong Gas Atas Kepala

Perkara mengejutkan yang berlaku di Sao Paulo, Brazil di mana dipercayai seorang lelaki telah melakukan aksi yang sukar untuk dilakukan iaitu lelaki tersebut menunggang basikal dengan mengimbangi tong gas di atas kepala.

Ianya menjadi sensasi di dalam internet dengan penonton tidak percaya bahawa lelaki tersebut mampu untuk melakukan aksi tersebut tanpa menggunakan alat-alat sokongan.

Rakaman tersebut dilakukan oleh seorang penunggang motosikal yang kebetulan lalu di kawasan itu kerana berasa terpegun dengan kehebatan lelaki tersebut.

Tambahan pula, semasa di lampu isyarat lelaki tersebut masih lagi mengimbangi tong gas di atas kepala dengan mengimbangi badan ketika basikal berhenti tanpa menjatuhkan kaki di atas jalan raya.

Ternyata aksi tersebut hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan lelaki itu sangat bertuah kerana telah menarik minat seorang pengarah filem mungkin di dalam filem terbarunya.
Read More

Samsung Lancar Model Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5

7 comments
Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5

Pengeluar Samsung telah pun mengeluarkan smartphone terbarunya iaitu dengan melancarkan Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5.

Menariknya di sini bahawa dua model tersebut mempunyai bingkai logam, kamera hadapan 5 megapiksel yang menarik untuk melakukan aksi selfie, 16 gigabait ruang penyimpanan dan seterusnya mempunyai cip pemprosesan 1.2 GHz empat teras Snapdragon 410.

Smartphone yang pertama iaitu Samsung Galaxy A3 mempunyai saiz skrin 11.4 cm qHD Super AMOLED, memori RAM 1GB, bateri 1900 mAh dan 8 megapiksel kamera di belakang.

Seterusnya, bagi Samsung Galaxy A5 pula mempunyai saiz skirn 12.7 cm 720HD Super AMOLED, memori RAM 2 GB, bateri 2300 mAh dan kamera belakang 13 megapiksel.

Semua mesti hendak mengetahui harga yang ditawarkan oleh Samsung. Bagi Samsung Galaxy A3 harganya ialah RM 899 manakala bagi Samsung Galaxy A5 pula berharga RM 1199. Pilihan-pilihan warna yang ditawarkan bagi kedua-dua smartphone ialah warna emas, perak dan putih.
Read More

Jalan Raya Timur Barat Gerik Jeli Dibuka Untuk Kenderaan Ringan

4 comments
Jalan Raya Timur Barat Gerik Jeli Dibuka Untuk Kenderaan Ringan

Matlumat terbaru yang diketahui bahawa Jalan Raya Timur Barat (JRTB) kawasan Gerik-Jeli telah pun dibuka semula. Ianya ditutup sebelum ini pada 23 Disember 2014 disebabkan masalah tanah runtuh.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kerja Raya iaitu Datuk Seri Fadillah Yusof. Laluan tersebut dibuka lebih awal dua hari daripada tarikh jangkaan.

Tambahan pula, kerja-kerja masih lagi dijalankan untuk membaiki jalan termasuklah dengan lencongan di Kilometer 69, Kilometer 79 dan Kilometer 87 bagi kawasan Perak manakala di kawasan Kelantan melibatkan Kilometer 90.

Perkara ini merupakan langkah jangka pendek supaya pengguna dapat melalui jalan tersebut. Pembaikan sepenuhnya dijangka bakal mengambil masa selama 24 bulan.

Pembukaan laluan tersebut hanya untuk kenderaan ringan sahaja dan dinasihatkan supaya semua pengguna dapat mematuhi arahan dan papan tanda yang diletakkkan di kawasan terbabit demi keselamatan.
Read More

Pesawat AirAsia Indonesia QZ7633 Alami Masalah Teknikal

Leave a Comment
Pesawat AirAsia Indonesia QZ7633 Alami Masalah Teknikal

Pesawat AirAsia Indonesia QZ7633 yang dijadualkan berlepas dari Surabaya ke Bandung telah pun ditangguhkan disebabkan masalah teknikal pada hari Sabtu yang lalu.

Pesawat Airbus jenis A320-200 yang mempunyai nombor pendaftaran PK-AZC mempunyai 161 penumpang telah pun mengalami masalah penutupan secara automatik pada Unit Kuasa Sokongan (APU). Justeru, kapal terbang tersebut terpaksa dijalankan pemeriksaan sebagai langkah keselamatan.

Tambahan pula, APU adalah meranti di bahagian ekor pesawat yang membekalkan tenaga bagi kuasa elektrik dan sistem pneumatic semasa pesawat berada di darat sebelum menghidupkan enjin utama.

Ianya juga mempunyai perlindungan secara automatik yang akan mematikan APU sekiranya terdapat kerosakan kepada pesawat seperti overspeed, tekanan minyak rendah, masalah penapis minyak atau minyak terlalu panas bagi langkah-langkah keselamatan.
Read More

Kampung Kundur Hulu Negeri Sembilan Bekal Buluh Betong Panda Gergasi

Leave a Comment

Kampung Kundur Hulu Negeri Sembilan Bekal Buluh Betong Panda Gergasi

Berita gembira buat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kundur Hulu yang bakal membekalkan buluh betong kepada pihak Zoo Negara. Program ini akan berjalan selama tiga tahun untuk dijadikan makanan kepada dua ekor panda gergasi bernama Xing Xing dan Liang Liang.

Pengerusinya iaitu Zubir Jamal telah menyatakan bahawa pihak Zoo Negara mengambil buluh betong setiap seminggu sekali supaya buluh tersebut dapat dikekalkan kesegarannya.

Memorandum Persefahaman juga telah pun ditandatangai antara pihak JKKK dengan Zoo Negara dan Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia bagi tujuan pembekalan buluh terbabit.

Tambahan pula, perkara ini dapat menambahkan pendapatan kepada penduduk setempat seterusnya dapat menampung perbelanjaan isi rumah setiap hari.

Kedua-dua ekor panda tersebut sangat menggemari buluh betong yang ditanam di kampung tersebut dan membuatkan penduduk-penduduk di kampung berasa bangga dapat menyumbangkan sesuatu kepada panda-panda tersebut.
Read More

Harga Minyak Petrol RON95 RM 1.91 Seliter Januari 2015

1 comment
Harga Minyak Petrol RON95 RM 1.91 Seliter Januari 2015

Bermula tahun baru 2015 ini, pihak kerajaan telah pun menurunkan harga runcit petrol sebanyak 35 sen bagi minyak RON95 dan RON97 yang berkuatkuasa mulai pukul 12.01 pagi ini. Justeru, harga minyak petrol semasa bagi RON95 ialah RM 1.91 seliter dan bagi RON97 pula sebanyak RM 2.11 seliter.

Tambahan pula, harga runcit diesel juga telah diturunkan sebanyak 30 sen menjadi RM 1.93 seliter. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Datuk Seri Hasan Malek.

Harga baru ini hanya berkuatkuasa bagi bulan Januari 2015 sahaja dan pihak kerajaan akan sentiasa memantau harga pasaran dunia untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.
Read More