Khairy Jamaluddin Calon Bintang Online Anugerah MeleTOP ERA 2016

Leave a Comment
Khairy Jamaluddin Calon Bintang Online Anugerah MeleTOP ERA 2016

YB Khairy Jamaluddin calon Bintang Online Anugerah MeleTOP ERA 2016 sememangnya satu berita kejutan bagi industri hiburan. Yang Berhormat Khairy Jamaluddin Abu Bakar merupakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Selain itu, beliau merupakan ahli politik yang popular di Malaysia dengan memiliki pengikut yang ramai di lama sosial. Perkara ini membuatkan beliau sememangnya sebaris dengan selebriti popular tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Zizan Razak, Rozita Che Wan, Fazura, Erra Fazira, Shahezy Sam dan Neelofa di mana mereka juga turut tercalon dalam kategori yang sama.

Tambahan pula, pelawak terkenal negara iaitu Nabil akan kekal sebagai hos Anugerah MeleTOP ERA 2016 berdasarkan pengalaman beliau. Ianya juga disebabkan Nabil merupakan hos utama dalam program ini bersama-sama dengan Neelofa di rancangan MeleTOP di saluran Astro Ria (104).

Fasa pertama bagi undian akan menyenarai pendek sebanyak lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal. Ianya bakal dibuka kepada orang ramai bermula dari pukul 6 petang bertarikh 17 Disember 2015 sehingga pukul 12 tengah hari pada 15 Januari 2016.

YB Khairy Jamaluddin calon Bintang Online Anugerah MeleTOP ERA 2016 di mana undian boleh dilaksanakan oleh orang ramai menerusi laman web MeleTOP dan ERA FM atau pun menerusi aplikasi terbaru daripada Astro Radio iaitu Raku. Aplikasi Raku boleh dimuat naik secara percuma menerusi App Store dan Google Play Store.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: