Empat Individu Kes Penculikan di Taman Setia Ditangkap

Leave a Comment
Empat Individu Kes Penculikan di Taman Setia Ditangkap

Perkara yang mengejutkan berlaku sebelum ini di hadapan sebuah tadika di Sungai Chua, Kajang Selangor. Sehubungan dengan itu, empat individu kes penculikan di Taman Setia ditangkap berkaitan dengan penculikan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur lima tahun.

Suspek-suspek yang terlibat berumur dalam lingkungan 28 sehingga 45 tahun yang telah ditahan secara berasingan termasuklah seorang pemandu teksi yang menghantar kanak-kanak tersebut ke rumahnya kembali.

Datuk Abdul Samah Mat selaku Ketua Polis Selangor telah menyatakan bahawa selepas kejadian culik yang berlaku pada pukul 9.26 pagi itu, suspek telah pun menghubungi bapa mangsa dan telah meminta wang tebusan sebanyak RM 300,000.

Bapa kepada kanak-kanak tersebut telah meletakkan wang tebusan di dalam beg di tepi jalan yang hampir dengan sebuah pasar raa di Saujana Impian. Kanak-kanak tersebut telah dibebaskan pada pukul 5.40 petang dan seterusnya empat individu kes penculikan di Taman Setia ditangkap.

Risikan daripada pihak polis telah menyebabkan seorang lelaki tempatan dan seorang warga Indonesia ditangkap di dalam sebuah kereta Proton Saga pada pukul 10.10 malam berhampiran dengan Jalan Sungai Chua.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: