Galaxy S6 Edge Plus dan Galaxy Note 5 Dilancarkan Samsung

Leave a Comment
Galaxy S6 Edge Plus dan Galaxy Note 5 Dilancarkan Samsung

Semua pihak mesti sangat gembira dengan pengumuman yang menarik daripada syarikat telefon Samsung Malaysia Electronics. Galaxy S6 Edge Plus dan Galaxy Note 5 dilancarkan Samsung bagi pasaran tempatan.

Gajet-gajet ini mempunyai teknologi yang serba baru dengan rekaan yang cantik dan lebih kemas selaras dengan perkembangan teknologi di seluruh dunia.

Selain itu, inovasi ini merupakan satu perkara yang penting dalam memenuhi kehendak pengguna yang perlukan gajet yang canggih.

Ciri-ciri yang terbaru yang dimuatkan sekarang ini seperti teknologi LTE Cat. 9 dan juga pengecas tanpa wayar.

Galaxy S6 Edge plus dan Galaxy Note 5 dilancarkan Samsung mempunyai skrin bersaiz 5.7 inci yang mempunyai lapan teras cip pemproses 64-bit, memori dalaman 32 gigabait (GB) dan juga mempunyai memori 4GB RAM.

Kamera belakang pula mempunyai 16 megapiksel (MP) dan kamera hadapan 5MP selain bateri sebanyak 3,000 mAh dan dual-sim. Ciri-ciri ini terdapat pada kedua-dua gajet.

Pilihan warna emas dan hitam dengan harga yang ditawarkan RM 3,099 termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi Galaxy S6 Edge Plus.

Galaxy Note 5 pula dikeluarkan dengan warna putih dan emas pada harga RM 2,699. Kedua-dua gajet ini akan berada di pasaran pada 4 September 2015.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: