Penduduk Pulau Reunion Bantu Operasi Cari Boeing 777

Leave a Comment
Penduduk Pulau Reunion Bantu Operasi Cari Boeing 777

Pulau Reunion milik Perancis menjadi tumpuan dunia sekarang ini dengan penemuan perkara penting yang mendapati berkaitan dengan MH370. Oleh itu, penduduk Pulau Reunion dan pulau-pulau yang berdekatan telah membantu untuk mencari serpihan pesawat Boeing 777 yang mungkin merupakan milik MH370.

Tambahan pula, kru operasi dan penduduk-penduduk telah meluaskan carian di sekitar Mauritus iaitu sekitar 175 kilometer dari Pulau Reunion.

Kerjasama sepenuhnya akan diberikan selepas serpihan tersebut ditemui. Bot-bot dan pesawat pengawal pantai telah pun memulakan operasi mencari sejak Sabtu dan operasi mencari ini akan diteruskan sehingga hari Khamis.

Selain itu, pegawal-pengawal pantai di kepulaun Seychelles yang terletak lebih kurang 1,800 km di utara Reunion mendapat arahan juga utnuk membantu operasi.

Ramai yang berkumpul di pesisiran pantai Pulau Reunion untuk membantu memberikan objek yang ditemui kepada pihak polis tetapi pihak polis tidak fikir ianya tiada kaitan dengan kes.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: