Penduduk Negeri Johor Tebus 10000 Tiket Legoland

Leave a Comment
Penduduk Negeri Johor Tebus 10000 Tiket Legoland

Penduduk-penduduk di negeri Johor telah berjaya merebut peluang yang ditawarkan oleh Sinar Harian. Mereka berpusu-pusu ke Legoland bagi menebus tiket di mana program ini berlangsung selama tiga hari berturut-turut.

Tambahan pula, ramai daripada mereka datang dari merata-rata tempat di negeri Johor untuk merebut tawaran percuma tersebut. Mereka cuma perlu mengumpul tujuh keratan akhbar dalam Sinar Harian untuk ditukarkan kepada tiket Legoland.

Sambutan yang diberikan sangat menggalakkan iaitu dimaklumkan bahawa sejumlah 10,000 tiket telah berjaya ditebus sehingga kaunter ditutup pada pukul 3 petang. Semua pihak berharap program sebegini dapat juga dilaksanakan di negeri-negeri lain bagi semua pihak dapat merasai tiket percuma Legoland juga.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: