Obor Olimpik Rio 2016 Mula Dinyalakan di Olympia Greece

Leave a Comment
Obor Olimpik Rio 2016 Mula Dinyalakan di Olympia Greece

Sukan Olimpik Rio 2016 bakal tiba tidak lama lagi pada tahun hadapan. Sehubungan dengan itu, satu perkara yang sangat penting yang sinonim dengan sukan olimpik ialah berkaitan dengan obor.

Obor temasya Sukan Olimpik Rio 2016 bakal dinyalakan di Olympia di Greece pada 12 April 2016 seterusnya akan dihantar ke Amerika Selatan 12 hari selepas hari tersebut mengikut apa yang disampaikan oleh penganjur.

Mengikut jadual pada tahun hadapan, obor tersebut dijangka tiba di Brazil pada 3 Mei 2016. Larian berganti-ganti akan dimulakan selama 10 hari yang merentasi negara Brazil.

Perkembangan tersebut dimaklumkan kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) mengikut pembentangan yang dilaksanakan oleh pihak penganjur.

Obor berkenaan akan dibawa lari oleh 12,000 pelari yang akan berlari merentasi 500 bandar, pekan dan kampung di mana Rio de Janeiro akan bersedia untuk muncul sebagai bandaraya pertama di Amerika Selatan yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik musim panas.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: