Datuk Lee Chong Wei Layak ke Final Badminton Kejohanan Dunia 2015

Leave a Comment
Datuk Lee Chong Wei Layak ke Final Badminton Kejohanan Dunia 2015

Datuk Lee Chong Wei bakal mengulangi keadaan pada tahun 2014 apabila layak ke pentas Final Kejohanan Dunia 2015. Datuk Lee Chong Wei akan bertemu dengan juara bertahan iaitu Chen Long dari China di Istora Senayan di Jakarta.

Lee Chong Wei telah berjaya mara ke final keempatnya selepas mengalahkan pilihan kedua iaitu Jan O Jorgensen 21-7, 21-19 di separuh akhir. Chen Long pula mara ke akhir dengan mengalahkan Kento Momota dari Jepun 21-9, 21-15.
   
Pertarungan mengambil masa selama 42 minit dengan Datuk Lee Chong Wei menggunakan kelebihan smash untuk memenangi set pertama dengan mudah. Pada set kedua, Jorgensen mula menunjukkan semangat melawan tetapi akhirnya tewas dengan permainan yang menarik daripada Lee Chong Wei.
    
Kemenangan ini adalah yang ke-13 Lee Chong Wei ke atas Jan O Jorgensen daripada 14 pertemuan mereka sejak November 2009. Lee Chong Wei berharap dapat menewaskan Chen Long untuk memenangi Kejohanan Dunia kali pertama dan mungkin penampilan yang terakhir sejak menjadi naib juara pada tahun 2011, 2013 dan 2014.

Datuk Lee Chong Wei baru sahaja kalah kepada Chen Long dalam Final Badminton Kejohanan Dunia dan berpuas hati dengan gelaran Naib Juara.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: