Aplikasi Pelancongan Pintar di Langkawi Sempena Tahun Melawat Kedah 2016

Leave a Comment
Aplikasi Pelancongan Pintar di Langkawi Sempena Tahun Melawat Kedah 2016

Teknologi terbaru bakal digunakan oleh kerajaan negeri Kedah selaras dengan perkembangan teknologi yang sangat pantas. Kerajaan Kedah bakal menjadi perintis utama dalam menggunakan Aplikasi Pelancongan Pintar yang akan dimulakan di Langkawi sempena Tahun Melawat Kedah 2016.

Perkara ini telah dinyatakan oleh Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid selaku Exco Pelancongan negeri telah memaklumkan bahawa aplikasi ini dibangunkan oleh Telekom Malaysia (TM). Aplikasi ini akan memudahkan pelancong tempatan dan asing untuk mendapatkan informasi berkenaan Langkawi melalui telefon pintar.

Tambahan pula, pelancong tidak perlu lagi mengunjungi kaunter informasi pelancongan bagi mendapatkan informasi seperti destinasi, restoran, balai polis, cuaca dan lain-lain.

Selain itu, pelancong asing juga mendapat faedah mendapatkan informasi berkenaan harga tiket dan masa pusat pelancongan Underwater World beroperasi.

Para pelancong mempunyai kemudahan yang utama dan dapat menjelajah seluruh tempat di Langkawi melalui aplikasi ini. Justeru, negeri Kedah dapat model utama untuk diikuti oleh negeri-negeri lain di Malaysia dalam misi untuk menarik pelancong khususnya dari luar negara.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: