Farihah Dijel Setahun Akibat Kerat dan Buang Bayi Sendiri

Leave a Comment
Farihah Dijel Setahun Akibat Kerat dan Buang Bayi

Hukuman yang setimpal telah dikenakan terhadap seorang penganggur perempuan dengan dijatuhkan hukuman penjara selama setahun oleh Mahkamah Majistret setelah bersalah dengan menyembunyikan kelahiran bayi perempuannya pada awal bulan Julai 2015.

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas tertuduh iaitu Farihah Bt. Abd, Aziz yang berumur 31 tahun telah mengaku bersalah apbila pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Tambahan pula, Farihah yang berasal dari Kampung Binjal, Jitra telah didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran dengan memotong bayi kepada lapan bahagian dan telah membuangnya ke dalam lubang tandas.

Ianya telah dilakukan dalam bilik mandi di sebuah rumah di Kampung Manggol di antara pukul 1 petang sehingga 3 petang pada 6 Julai 2015. Farihah telah didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang membolehkan hukuman denda atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duana sekali.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: