AirAsia Tawar Penerbangan KL ke Maldives Bermula 22 Oktober 2015

Leave a Comment
AirAsia Tawar Penerbangan KL ke Maldives

AirAsia meneruskan langkah terbaik untuk mengembangkan lagi tahap penerbangan syarikat ini ke destinasi yang lebih menarik. Justeru, AirAsia bakal memulakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Maldives setiap tiga kali seminggu.

Tambahan pula, penerbangan ini akan dilaksanakan dengan secepat mungkin yang bakal bermula dari 22 Oktober 2015. Para pelancong yang sememangnya berminat untuk ke Maldives boleh menempah tiket penerbangan secara dalam talian melalui laman web AirAsia. Tambang terangkum bermula daripada serendah RM 169 sehala.

Selain itu, promosi yang diadakan ini akan berterusan sehingga 26 Julai 2015 bagi tempoh perjalanan di antara 22 Oktober 2015 sehingga 31 Ogos 2016. AirAsia merupakan satu-satunya syarikat yang menawarkan penerbangan terus ke Maldives.

Jadual penerbangan ini membolehkan negara-negara dari rantau lain seperti Korea Selatan, Jepun, China, Hong Kong, Thailand dan Australia dapat menyambung penerbangan menggunakan perkhidmatan Fly-Thru AirAsia.

Destinasi-destinasi yang menawarkan sambungan penerbangan Fly-Thru ke Maldives termasuklah Incheon, Osaka, Hong Kong, Shenzhen, Bangkok, Pulau Pinang dan Gold Coast. Semoga perkara ini dapat membuka peluang kepada rakyat Malaysia khususnya untuk mendapatkan pengalaman yang indah semasa melancong ke Maldives.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: