Wilayah Petaling Bakal Alami Gangguan Air Berjadual

Leave a Comment
Wilayah Petaling Bakal Alami Gangguan Air Berjadual

Kawasan-kawasan di Wilayah Petaling bakal mengalami gangguan air yang berjadual. Ianya disebabkan oleh kerja-kerja naik taraf sistem bekalan air yang akan bermula dari 15 Jun sehingga 1 Julai 2015.

Tambahan pula, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd iaitu Syabas telah menyatakan bahawa gangguan bekalan air akan berlaku bermula pada pukul 9 malam sehingga 3 pagi keesokan hari.

Syabas juga memberikan maklumat bahawa gangguan pada 15 Jun 2015 adalah disebabkan oleh pemasangan Injap Altitude dan Fitting di Kolam Sedut Sungai Penchala dan TTDI A.

Selain itu, kawasan-kawasan yang terlibat dengan gangguan ini ialah Kampung Sungai Penchala, Pinggiran TTDI, Bukit Lanjan, Kampung Palimbayan, keseluruhan Jalan Rahim Kajai, keseluruhan Jalan Datuk Sulaiman, keseluruhan Jalan Burhanuddin Helmi, keseluruhan Jalan Abang Hj Openg, keseluruhan Jalan Atinahapan, keseluruhan Jalan Aminudin Baki, keseluruhan Jalan Tun Mohd Fuad, keseluruhan Jalan Wan Kadir, keseluruhan Jalan Zaaba dan keseluruhan persiaran Zaaba.

Pada 23 Jun 2015 pula terdapat gangguan air disebabkan oleh kerja naik taraf Sistem Retikualasi Bekalan Air (pengaktifan Zon 'Air Scouring') bagi Program Peningkatan Kualiti Air di Seksyen 14 dan Seksyen 22, Petaling Jaya. Maklumat yang diberikan ini diharapkan dapat membantu semua penduduk yang berada di kawasan yang dimaklumkan.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: