Presiden FIFA Sepp Blatter Letak Jawatan

Leave a Comment
Presiden FIFA Sepp Blatter Letak Jawatan

Berita tergempar yang terbaru diketahui bahawa Sepp Blatter yang merupakan Presiden Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) telah meletak jawatan. Perkara ini diumumkan selepas empat hari beliau dilantik semula sebagai Presiden FIFA yang baru.

Sepp Blatter yang berumur 79 tahun telah meletakkan jawatan itu pada sidang media yang telah diadakan di Zurich selepas enam hari FBI telah menggeledah dan menyerbu hotel di Zurich dan seterusnya menahan beberapa pegawai FIFA.

Beliau telah memegang jawatan tersebut selama 17 tahun telah berkata bahawa pemilihan semula bakal diadakan secepat yang mungkin.

Mandat ini akan diserahkan pada Kongres Pemilihan Khas dan beliau akan meneruskan khidmat sebagai presiden sampai ke hari pemilihan.

Tambahan pula, FIFA memang perlu disusun semula secara keseluruhan dan beliau telah memikirkan sedalam-dalamnya sebelum mengumumkan peletakan jawatan tersebut.

Justeru, diharapkan Presiden FIFA baru yang dipilih nanti akan menjalankan tugas secara profesional dan memberikan manfaat penting kepada semua negara.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: