Pertandingan Lumba Basikal Kayu Suku Igorot Filipina

Leave a Comment
Pertandingan Lumba Basikal Kayu Suku Igorot Filipina

Perkara menarik yang melibatkan masyarakat suku Igorot yang berada di Filipina apabila mereka menghasilkan basikal buatan sendiri daripada kayu.

Tambahan pula, basikal kayu ini digunakan supaya mereka dapat menyertai pertandingan lumba basikal. Pertandingan lumba basikal ini diadakan di bandar Batad.

Selain itu, basikal ini memang seratus peratus dihasilkan daripada kayu dan tidak mempunyai brek. Basikal kayu ini boleh mencapai kelajuan setinggi 40 kilometer sejam semasa menuruni kawasan bukit.

Para peserta yang menyertai pertandingan tersebut tidak memakai sebarang alat keselamatan untuk melindungi mereka. Mereka hanya memakai pakaian tradisional orang gunung dikenali sebagai bahag dan jubah mengikut suku-suku.

Tiada sebarang berita tentang kematian atau pun kemalangan ketika masyarakat suku Igorot menggunakan basikal kayu ini dengan kaki mereka mempunyai parut yang dalam.

Para peserta menghasilkan basikal kayu yang biasa tetapi lama-kelamaan mereka mempelbagaikan bentuk basikal kayu yang terdiri daripada bentuk naga, singa dan koboi.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: