Majlis Ulang Tahun Pertama MH17 11 Julai 2015

Majlis Ulang Tahun Pertama MH17 11 Julai 2015

Tragedi yang berlaku ke atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 masih lagi utuh diingatan semua pihak yang berlaku pada 17 Julai 2014. Sehubungan dengan itu, majlis ulang tahun pertama bakal diadakan pada 11 Julai 2015.

Majlis ini akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan.

Tambahan pula, tragedi yang berlaku ke atas MH17 merupakan perkara yang penting buat negara Malaysia. Pihak kerajaan sentiasa mengambil berat dengan apa yang berlaku dan sedang berusaha dengan gigih untuk membawa pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk diadili dengan teliti.

Selain itu, kita semua maklum bahawa tragedi ini telah mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuklah 44 rakyat Malaysia. Laporan akhir penyiasatan ini sedang dijalankan dan bakal dikeluarkan kepada umum tidak lama lagi.
1 Komentar untuk "Majlis Ulang Tahun Pertama MH17 11 Julai 2015"

semoga negara kita di jauhi dari bala seperti tragedi ini di masa akan datang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top