Laluan Khas Pengguna Telefon di Artwerp Belgium

Leave a Comment
Laluan Khas Pengguna Telefon di Artwerp Belgium

Syarikat telefon pintar yang berada di Belgium telah menghasilkan sesuatu yang menarik dengan terciptanya laluan khas untuk pejalan kaki memandang skrin telefon.

Syarikat MLAB telah mewujudkan laluan utama di bandar Artwerp bertujuan khas kepada sesiapa yang menggunakan telefon bimbit ketika berjalan.

Tambahan pula, laluan tersebut yang dicat dengan warna putih dengan tulisan "text walking lane" diwujudkan bagi tujuan mengurangkan kerosakan telefon bimbit yang disebabkan oleh pelanggaran dengan orang lain semasa berjalan kaki.

Laporan menunjukkan bahawa sebanyak 35,000 telefon bimbit telah pecah akibat pelanggaran semasa berjalan sambil menggunakan telefon. Selain itu, laluan khas ini diwujudkan kerana pihak syarikat mengambil berat tentang keselamatan pengguna. Perkara ini juga dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini jika mengabaikan keadaan sekeliling.

Pelbagai ragam manusia yang menaip atau menghantar mesej ketika berjalan kaki dengan tidak menghiraukan keadaan sekeliling dan perkara ini boleh menyebabkan tragedi buruk berlaku yang boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: