Jess Gayford Yang Mengandung Ketagih Jilat Sabun

Leave a Comment
Jess Gayford Yang Mengandung Ketagih Jilat Sabun

Perkara pelik berlaku kepada seorang wanita yang mengandung di Bristol, Britain. Ibu mengandung tersebut tidak boleh menahan keinginannya untuk memakan sabun.

Tambahan pula, ibu tersebut yang bernama Jess Gayford yang berumur 26 tahun sedang mengandung lapan bulan selalu menjilat ketulan sabun atau pun cecair sabun pencuci tangan.

Selain itu, ibu mengandung tersebut tidak tahu mengapa dia melakukan perkara sedemikian tetapi menyatakan bahawa apabila dia melihat sabun dia sangat teringin untuk menjilat sabun.

Justeru, Jess Gayford akan pergi ke pasaraya yang terdekat untuk membeli sabun seterusnya menjilat sabun apabila sampai di rumah. Perkara ini sememangnya benda yang jijik apabila diketahui oleh orang ramai tetapi dia memang gembira apabila dapat menjilat sabun.

Jess Le Trimby iaitu suaminya memang bimbang dengan perlakuan isterinya yang suka menjilat sabun tetapi dia berasa lega selepasa mengetahui bahawa perbuatan menjilat sabun tidak akan membahayakan kandungan isterinya.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: