Farmola David Oniya Pemain Import T-Team Meninggal Dunia

Leave a Comment
Farmola David Oniya Pemain Import T-Team Meninggal Dunia

Perlawanan persahabatan di antara Kelantan dan T-Team di Stadium Sultan Muhammad IV bertukar menjadi tragedi yang akan diingati oleh semua pihak. Ini disebabkan oleh seorang pemaian import pasukan T-Team yang bernama Farmola David Oniya meninggal dunia di atas padang.

Farmola David Oniya secara tiba-tiba rebah di atas padang bola sepak ketika perlawanan baru sahaja memasuki minit ketiga. Oniya telah dikejarkan oleh pasukan paramedik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II bagi menerima lawatan lanjut.

Kejadian ini mengejutkan semua pihak dengan Mohd. Shahrizan Mat Zin selaku Ketua Pegawai Operasi T-Team berkata Oniya disahkan dapat beraksi sebelum perlawanan tersebut bermula.

Pihak T-Team menerima panggilan daripada pihak hospital yang mengesahkan bahawa pemain pertahanan tersebut meninggal dunia pada pukul 10.05 malam. Takziah diucapkan kepada pasukan T-Team dan diharapkan mereka tabah menghadapi dugaan ini.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: