Batu Bergerak di Taman Negara Death Valley Amerika Syarikat

Batu Bergerak di Taman Negara Death Valley Amerika Syarikat

Kawasan California di Amerika Syarikat khususnya lebih tepat lagi berada di Racetrack Playa di Taman Negara Death Valley sememangnya terkenal. Ianya disebabkan oleh batu-batu yang bergerak secara sendiri tanpa ada yang menolaknya.

Tambahan pula, batu-batu yang bergerak telah meninggalkan jejak-jejak geseran di atas tanah. Saiz batu tersebut memang sangat berat dengan nilai berpuluh-puluh kilogram dan sememangnya tidak boleh ditolak sebegitu sahaja.

Misteri ini menimbulkan pelbagai misteri dan penyelidik di Institut Oseanografi Scripps di Universiti California tampil untuk membuat kajian berkaitan batu-batu ini.

Richard Norris dan James Norris yang membuat kajian ini telah menyatakan pergerakan batu ini mungkin disebabkan oleh lapisan ais yang terbentuk selepas hujan. Ais tersebut mungkin mencair pada waktu siang yang menyebabkan tanah keras menjadi lumpur dan licin.

Selain itu, 60 batu juga diperhatikan bergerak pada waktu siang dan malam pada suhu separuh beku.

Kemungkinan teori yang diketengahkan ini tidak berlaku kerana hujan jarang turun di kawasan panas dan kering. Batu-batu ini juga bergerak lebih kurang 5 meter dalam masa seminit.
0 Komentar untuk "Batu Bergerak di Taman Negara Death Valley Amerika Syarikat"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top