Kate Middleton Lahirkan Bayi Perempuan

Kate Middleton Lahirkan Bayi Perempuan

Kate Middleton yang merupakan isteri kepada Putera William telah pun selamat melahirkan anak mereka yang kedua iaitu bayi perempuan di Hospital St Mary yang terletak di London, England.

Pihak istana iaitu Kensington Palace telah mengesahkan kenyataan tersebut dengan memberitahu semua melalui laman sosial.

Kate Middleton yang berumur 33 tahun telah melahirkan bayi perempuan yang mempunyai berat sebanyak 3.7 kilogram. Kate melahirkan bayi tersebut selepas dua jam setengah mendaftarkan diri di Hospital St Mary.

Kate Middleton dan bayi perempuan berada dalam keadaan sihat dengan Putera William juga berada di hospital untuk menemani mereka berdua.
1 Komentar untuk "Kate Middleton Lahirkan Bayi Perempuan"

sama berat dengan anak aku 3.7 kg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top