Juruterbang Delta Airlines Belanja Pizza Kepada Penumpang

Leave a Comment
Juruterbang Delta Airlines Belanja Pizza Kepada Penumpang

Perkara yang menarik berlaku di salah sebuah kapal terbang yang dikendalikan oleh syarikat Delta Airlines apabila penerbangan telah tergendala selama tiga jam di Lapangan Terbang Knoxville akibat cuaca buruk.

Juruterbang kapal terbang tersebut telah menempah banyak pizza untuk dinikmati oleh para penumpang yang terpaksa menunggu di dalam kapal terbang. 

Tambahan pula, kapal terbang tersebut yang berlepas dari Philadelphia sepatutnya tiba di Atlanta pada pukul 4 petang tetapi terpaksa menunda dan mendarat sementara di Knoxville.

Para penumpang yang berada di dalam kapal terbang tersebut sungguh terharu apabila juruterbang telah membuat pesanan pizza untuk semua penumpang.

Selain itu, keadaan yang sama turut berlaku di Ohio, Illinois dan Mississipi apabila penumpang yang terkandas turut menikmati pizza yang diberikan oleh kru-kru penerbangan. Perkara ini telah tersebar luas seterusnya ramai yang memuji usaha yang dilakukan oleh kakitangan syarikat Delta Airlines untuk memuaskan hati penumpang.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: