Jurutera Gaza Palestin Cipta Mesin Tapis Air Laut

Leave a Comment
Jurutera Gaza Palestin Cipta Mesin Tapis Air Laut

Perkara ini merupakan sesuatu yang hebat apabila seorang jurutera Palestin telah menghasilkan mesin yang boleh memproses air laut sehingga menjadi air bersih. Ianya akan digunakan oleh penduduk-penduduk di Gaza kerana diketahui bahawa wilayah Palestin itu akan kehabisan bekalan air menjelang tahun 2020.

Jurutera tersebut yang bernama Diaa Abu Assi yang berumur 29 tahun telah mengambil masa selama 18 bulan bagi menyiapkan sistem pemprosesan air laut yang bakal membantu penduduk-penduduk Gaza.

Kekurangan air merupakan masalah utama di Gaza maka proses penapisan air yang melibatkan Laut Mediterranean bakal mengatasi masalah tersebut. Projek ini dibiayai oleh Universiti Islam Gaza yang bekerjasama dengan Oman di mana menggunakan teknologi nano untuk menghilangkan kemasinan air laut.

Tambahan pula, sistem tersebut boleh mengepam air laut pada kelajuan yang tinggi melalui paip besi yang besar dan seterusnya penapis nano bertindak untuk mengasingkan mineral yang membuatkan rasa masin pada air laut.

Penduduk-penduduk Gaza mempunyai lebih kurang 1.8 juta rakyat palestin yang menggunakan 180 juta meter padu air pada setiap tahun. Justeru, pertambahan air diperlukan supaya dapat menampung bekalan air dengan dijangka pertambahan penduduk lebih kurang 500,000 orang dalam tempoh lima tahun kerana 260 juta meter padu diperlukan pada masa tersebut.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: