Harga Runcit Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel Kekal Mei 2015

Harga Runcit Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel

Sudah terang lagi bersuluh setelah berteka-teki di seluruh Malaysia berkenaan harga minyak yang telah pun diumumkan malam tadi. Ternyata harga runcit petrol RON 95, RON 97 dan Diesel bagi bulan Mei 2015 kekal pada harga yang sama.

Perkara ini telah diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada malam tadi. Berita penting ini juga mungkin juga berpunca daripada pelaksaan GST yang masih lagi kelam kabut sama ada sesuatu barang itu patut kena GST atau pun tidak. Tambahan pula, dua pilihan raya kecil yang akan diadakan di Rompin dan Permatang Pauh memungkinkan pengekalan harga runcit tersebut.

Harga-harga yang sama dikekalkan iaitu bagi petrol RON 95 kekal pada RM 1.95 seliter manakala RON 97 kekal pada harga RM 2.25 seliter. Diesel pula dikekalkan pada harga RM 1.95 seliter. Harga tersebut telah pun dikuatkuasakan bermula pada pukul 12.01 pagi 1 Mei 2015.

Semua rakyat berharap harga petrol dan diesel yang rendah dapat dikekalkan pada masa yang lama kerana perubahan yang berlaku pada setiap bulan akan menyukarkan pengguna untuk melaksanakan belanjawan keluarga pada setiap bulan. Justeru, pihak kementerian terbabit mesti mendengar keluh kesah rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.
0 Komentar untuk "Harga Runcit Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel Kekal Mei 2015"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top