Festival Kenyir 2015 di Pengkalan Gawi Tasik Kenyir Terengganu

Leave a Comment

Festival Kenyir 2015 di Pengkalan Gawi Tasik Kenyir Terengganu

Terengganu memang terkenal dengan pelbagai warisan budaya tradisional yang memang menarik untuk dihayati dan dilihat oleh generasi pada masa kini. Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri Terenggau dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bakal melaksanakan Festival Kenyir 2015.

Festival Kenyir 2015 akan diadakan selama tujuh hari yang bermula dari 31 Mei sehingga 6 Jun 2015 yang berlangsung di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Terengganu.

Tambahan pula, festival ini yang dijadikan acara pelancongan setiap tahun bagi negeri Terengganu diadakan kerana dapat mempromosikan Tasik Kenyir kepada pelancong sama ada di dalam negara atau pun di luar negara.

Aktiviti-aktiviti yang telah pun diatur adalah seperti Kenyir Island Hoping yang bakal menggunakan pelayaran pesiaran Kenyir dan juga Taman Tema Air yang berada di Pulau Poh telah siap sedia untuk dibuka kepada pengunjung.

Aktiviti seterusnya yang juga akan diadakan seperti pameran jabatan kerajaan dan swasta, aktiviti keagamaan seperti forum perdana, jualan barangan, bazar jualan, sukan rakyat yang aktiviti tasik seperti pertandingan bot kawalan jauh, pertandingan perahu panjang dan sukan air.

Justeru, semoga semua pihak dapat mengambil peluang ini untuk memeriahkan lagi Festival Kenyir 2015 ini di samping dapat meningkatkan kedatangan pelancong daripada luar negara.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: