Stephanie Hantar Mesej Gergasi Kepada Bapa di Angkasa Lepas

4 comments
Stephanie Hantar Mesej Gergasi Kepada Bapa di Angkasa Lepas

Kesungguhan yang dilakukan oleh seorang remaja perempuan yang bernama Stephanie dengan melakukan sesuatu yang kreatif telah menjadi perbualan di seluruh dunia.

Stephanie telah mencipta mesej gergasi di atas padang pasir untuk melepaskan rasa rindu kepada bapanya yang berada di Stesen Angkasa Lepas (ISS). Remaja yang berusia 13 tahun tersebut melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum ini.

Tambahan pula, Stephanie dibantu oleh 11 kereta jenis Hyundai untuk menulis nota "Steph Loves You" yang terletak di Tasik Kering Delamar, Nevada, Amerika Syarikat yang mempunyai keluasan sebanyak 5.6 juta meter persegi. 

Perbuatan tersebut membuat mereka mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Record sebagai mempunyai imej tayar yang terbesar. Kereta Hyundai tersebut telah bergerak seiringan untuk menulis nota tersebut dengan berpandukan kepada sebuah helikopter.

Ia juga merupakan salah satu kempen Hyundai iaitu New Thinking yang membolehkan bapa remaja perempuan terbabit mengambil gambar dari angkasa lepas dengan menggunakan kamera digital. Stephanie juga dapat menghantar tanda rindu kepada bapanya selain membuat panggilan dari jarak jauh.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

4 comments:

Nurinsaniah said...

memang terbaik mesej tu..bukan mudah nak buat....tu namanya anak rindu sangat2 kat bapak dia......

Helmi Aliarit said...

Salah satu cara berkomunikasi yang unik. :)

Asraff Ruslan said...

memang betul...penghantaran mesej yang unik...sangat kreatif remaja perempuan ni....

aryn said...

Tanda kerinduan si anak kepada si bapa :)