Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh Pulau Pinang 7 Mei 2015

Leave a Comment
Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh Pulau Pinang 7 Mei 2015

Pilihan raya merupakan perkara yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat untuk memilih wakil rakyat bagi berkhidmat di kawasan mereka. Begitu juga dengan perkara yang bakal berlaku di Permatang Pauh iaitu selepas Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh adalah pada hari Khamis 7 Mei 2015.

Tambahan pula, hari penamaan calon telah pun ditetapkan pada hari Sabtu 25 April 2015 manakala pula pengundian awal akan dijalankan pada hari Selasa 3 Mei 2015.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Tan Sri Abdul Aziz Yusof selaku Pengerusi SPR selepas mempengerusikan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

Selain itu, pengumuman tersebut juga menandakan bahawa tempoh berkempen diberikan kepada calon-calon selama 12 hari. Bajet yang terlibat untuk melaksanakan PRK Permatang Pauh ini dianggarkan sebanyak RM 1.97 juta di mana 1130 orang petugas bakal dilantik untuk memudahkan pelaksanaan pilihan raya kecil ini.

Sebanyak 71,890 pemilih layak untuk mengundi iaitu dengan 71,252 pengundi biasa, seramai 627 adalah pengundi awal dan seterusnya seramai 11 orang pengundi dalam status berada di luar negara.

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh ini diadakan disebabkan oleh kekosongan yang ditinggalkan oleh penyandangnya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim berumur 68 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: