Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 Tawar Diskaun 80 Peratus

1 comment
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

Pesta buku merupakan satu program yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh penggemar buku di seluruh negara Malaysia. Ada pengunjung yang sanggup datang daripada jauh semata-mata untuk mendapatkan buku-buku yang diminati dengan harga yang lebih murah.

Sehubungan dengan itu, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015 telah pun diadakan bermula daripada 24 April sehingga 3 Mei 2015. Lebih kurang 20,000 jumlah judul buku yang dijual ini yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Berita baiknya melalui program ini banyak diskaun diberikan antaranya bermula daripada 10 sehingga 80 peratus diskaun. Pengunjung-pengunjung terutamanya kepada golongan pelajar memang sangat digalakkan untuk mengambil peluang ini untuk mendapatkan buku-buku keperluan di PBAKL 2015 ini.

Pengedar-pengedar buku yang menyertai program ini sememangnya terbaik kerana mampu untuk memberikan diskaun sehingga 80 peratus dan ini menggalakkan lagi kadar pembacaan rakyat Malaysia pada setiap tahun. 

Perkara ini dapat melahirkan rakyat yang celik ilmu dan dapat menyumbang sesuatu kepada negara melalui idea-idea yang kreatif dan inovatif untuk memajukan negara Malaysia ke persada antarabangsa. Buku-buku yang dijual di sini dikecualikan daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST). Semua pihak yang menjayakan program ini berharap semua rakyat Malaysia dapat menggunakan kesempatan ini untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan di dalam diri masing-masing.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

1 comments:

SaniYunus said...

Sempat lagi kalau nak pergi pesta buku ni...