Pesawat Hercules C-130 Bersedia di Djibouti Yemen

Leave a Comment
Pesawat Hercules C-130 Bersedia di Djibouti Yemen

Kekecohan dan peperangan yang berlaku di Yemen telah memberikan kesusahan kepada semua pihak terutamanya kepada pelajar-pelajar yang berada di sana. Sebuah pesawat Hercules C-130 yang dimiliki oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah pun dikerahkan ke Djibouti sebagai persediaan untuk membawa keluar pelajar Malaysia di Aden yang merupakan tempat yang tidak menentu di Yemen.

Menurut apa yang diperkatakan oleh Menteri Pertahanan iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa semua pelajar Malaysia bakal diterbangkan ke Jeddah selepas berjaya dikeluarkan dari Aden. Seterusnya pelajar-pelajar tersebut akan dibawa balik ke Malaysia dengan penerbangan komersial.

Aden merupakan kawasan pertempuran dan kawasan yang genting buat masa sekarang jadi ianya menjadi fokus kementerian dan agensi terlibat untuk membawa keluar semua rakyat Malaysia.

Kementerian-kementerian yang terlibat termasuklah Kementerian Pertahanan, Majlis Keselamatan Negara dan Wisma Putra akan terus memantau semua keadaan pelajar yang berada di Yemen. Semua pihak berharap bahawa ke semua rakyat Malaysia yang berada di Yemen dapat dibawa balik ke negara ini dalam keadaan yang selamat.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: