Identiti Mangsa ke 6 Helikopter Terhempas Milik Aidana Braizieva

Leave a Comment
Aidana Braizieva Mangsa Helikopter Terhempas

Berita terbaru berkenaan identiti keenam mangsa yang melibatkan Kemalangan Helikopter Terhempas di Semenyih Selangor dan juga selepas penemuan Kotam Hitam telah pun secara rasmi diketahui.

Mangsa keenam tersebut ialah Aidana Braizieva yang berumur 25 tahun yang berasal dari Kyrgyzstan. Gadis tersebut merupakan kenalan kepada juruterbang Kapten Clifford Fournier.

Tambahan pula, identiti gadis tersebut dapat dikenal pasti setelah pihak polis menjalankan sisatan termasuklah dengan menyoal siasat kawan-kawan mangsa.

Hasil siasatan tersebut juga telah menemui tempat kediaman mangsa yang berada di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Beberapa barang milik mangsa telah pun ditemui untuk dijadikan sebagai bukti identiti mangsa termasuklah tiket penerbangan atas nama Aidana Braizieva dan Kapten Clifford Fournier ke Langkawi pada 21 Mac lalu semasa pameran LIMA 2015.

Pihak polis sekarang ini masih menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mangsa dengan kakak tirinya untuk melengkapkan hasil siasatan.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: