CUEPACS Mahu Gaji Minimum Penjawat Awam RM 1200 Sebulan

3 comments
CUEPACS Mahu Gaji Minimum Penjawat Awam RM 1200 Sebulan

Pada setiap tahun mesti akan kedengaran desakan-desakan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam atau CUEPACS yang berusaha sedaya upaya untuk menyuarakan sesuatu perkara demi kepentingan penjawat awam di seluruh negara.

Ini merupakan satu perkara yang menarik kerana penjawat-penjawat awam memang sangat memerlukan sesuatu untuk meneruskan kesinambungan hidup mereka ketika kos sara hidup semakin tinggi di negara ini.

Justeru, CUEPACS mahu kerajaan menetapkan gaji minimum penjawat awam sebanyak RM 1,200 selaras dengan peningkatan kos sara hidup yang boleh dikatakan selalu sangat berlaku dan menekan kehidupan penjawat-penjawat awam.

Tambahan pula, Presiden CUEPACS sendiri iaitu Datuk Azih Muda menyatakan bahawa cadangan tersebut wajar dilaksanakan dengan kadar segera kerana gaji minimum penjawat awam pada masa kini adalah di bawah paras kemiskinan. Gaji terkini bermula daripada RM 805 sebulan yang merupakan di bawah garis kemiskinan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM 850 sebulan.

Beliau dan juga semua penjawat awam di negara ini sangat berharap bahawa Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dapat memberikan perkhabaran yang gembira buat semua penjawat awam pada 1 Mei 2015 sempena sambutan Hari Pekerja seterusnya dapat menampung perbelanjaan seisi rumah di negara ini.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

3 comments:

boni kacak said...

jangan pulak dia cadangkan had umur pengeluaran kwsp dinaikkan lagi..

Asraff Ruslan said...

harap-harap had umur pengeluaran kwsp kekal pada umur 55 tahun...

Dalila yusof said...

Gst dah dapat..harap naikkan la gaji...susah nak bagi anak makan kalau ciput camtu..