43 Fosil Telur Dinosaur Dijumpai di Heyuan China

1 comment
43 Fosil Telur Dinosaur Dijumpai di Heyuan China

Penemuan menggemparkan telah berlaku di salah sebuah bandar Heyuan di China baru-baru ini. Pekerja-pekerja yang sedang melaksanakan tugas untuk memasang paip-paip saluran kumbahan di pusat bandar tersebut telah menjumpai 43 objek yang dipercayai merupakan fosil telur dinosaur pada zaman dahulu.

Penemuan ini merupakan yang pertama kali berlaku di bandar Heyuan di mana 19 biji fosil telur dinosaur masih lagi dalam keadaan yang terbaik. 

Tambahan pula, pakar-pakar yang bertugas di Muzium Dinosaur Heyuan telah pun menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti jenis-jenis dinosaur berdasarkan kepada fosil telur dinosaur yang mempunyai ukuran daripada 10 sehingga 12 sentimeter lebar.


43 Fosil Telur Dinosaur Dijumpai di Heyuan China

Selain itu, ketua kurator muzium yang bernama Du Yanli telah menyatakan bahawa fosil telur dinosaur sememangnya banyak terdapat di bahagian bawah tanah tetapi tidak dijumpai kerana ianya terletak di lapisan batu pasir merah yang dalam.

Walaupun begitu, setelah kerja-kerja yang dilakukan untuk memasang paip saluran kumbahan telah dilaksanakan barulah fosil telur dinosaur tersebut dijumpai. Justeru, kerja-kerja pemasangan paip kumbahan terpaksa dihentikan sehingga semua penyelidikan di kawasan tersebut telah selesai dilaksanakan.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

1 comments:

Myliferia said...

Penemuan yang menarik ni, mesti akan jadi tumpuan dunia nanti