Rawatan Hemodialisis Bakal Diluaskan di Klinik Kesihatan

1 comment
Rawatan Hemodialisis Bakal Diluaskan di Klinik Kesihatan

Perkhidmatan rawatan hemodialisis akan diperluaskan di Klinik Kesihatan melalui Kementerian Kesihatan. Perkara ini akan memudahkan pesakit terutamanya yang kurang berkemampuan akan mendapatkan rawatan. 

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam selaku Menteri Kesihatan telah menyatakan bahawa lapan buah klinik kesihatan telah pun beroperasi bermula 2013 lagi. Tambahan pula, pihak kementerian menyasarkan akan membuka lima klinik kesihatan yang mempunyai perkhidmatan hemodialisis.

Kita mengetahui bahawa sektor awam tidak mampu untuk menampung jumlah pesakit buah pinggang yang semakin meningkat. Pihak kementerian mengharapkan penglibatan daripada pihak swasta dan badan bukan kerajaan dengan memberikan perkhidmatan menderma mesin hemodialisis kepada klinik-klinik kesihatan.

Selain itu, perkara ini dapat menambahkan kemudahan sedia ada untuk membantu pesakit-pesakit buah pinggang di mana dibantu oleh badan bukan kerajaan dan yayasan-yayasan tertentu.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

1 comments:

akubiomed.com said...

Semakin ramai rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit tidak berjangkit. Salah satu penyakit adalah masalah buah pinggang. Pembukaan unit Haemodialyisi di hospital kerajaan atau milik swasta dapat menampung rawatan jumlah pesakit buah pinggang kronik yang semakin hari bertambah.