Hukum Hudud Diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan

Hukum Hudud Diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan

Setelah sekian kalinya perkara ini diperkatakan maka pelaksaan hukum hudud di Kelantan akan menjadi kenyataan setelah Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) Pindaan 2015 telah pun diluluskan secara keputusan penuh di Dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum proses ini akan di bawa ke Parlimen.

Tambahan pula, ianya menjadi peristiwa yang bersejarah kerana membabitkan keputusan 100% yang dibuat bersama oleh 44 Ahli DUN Kelantan termasuklah daripada Barisan Nasional seramai 12 orang manakala ADUN tunggal Parti Keadilan Rakyat.

Selain itu, Kelantan kekurangan seorang ADUN disebabkan oleh kematian ADUN Chempaka iaitu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berlaku pada 12 Februari 2015.

Datuk Ahmad Yaakob selaku Menteri Besar Kelantan menyatakan ucapan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dalam perbahasan dan pergulungan dalam sidang DUN.

Sejarah telah pun dicatatkan yang bukan ditulis di handsard tetapi yang lebih penting akan menyentuh jiwa raga seterusnya percaya bahawa undang-undang tersebut merupakan perkara yang terbaik untuk membendung kegiatan jenayah pada masa kini.
1 Komentar untuk "Hukum Hudud Diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan"

Ramai lagi yang masuh Kabur dengan Hudud nih, nak kena ada yang memberikan pencerahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top