Tarif Elektrik Turun 2.25 sen per kWj 1 Mac 2015

1 comment
Tarif Elektrik Turun 2.25 sen per kWj 1 Mac 2015

Perkara terbaru yang diketahui bahawa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah pun mengumumkan penurunan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWj). Kadar tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan juga diturunkan sebanyak 1.20 sen/kWj. Ianya bakal berkuatkuasa dari 1 Mac hingga 30 Jun 2015 mengikut semakan semula kos bahan api dan kos penjanaan (ICPT).

Pengurangan ini akan memberikan faedah kepada 32 peratus pengguna domestik, komersial dan industri yang menggunakan tenaga elektrik melebihi 300 kWj sebulan.

Tambahan pula, pengurangan akan diperolehi di antara RM 13.50 sehingga RM 45.00 sebulan mengikut penggunaan elektrik sebulan. Mengikut perkara semasa, purata kadar tarif elektrik di Semenanjung Malaysia sebanyak 38.53 sen/kWj manakala di Sbah dan Labuan sebanyak 34.52 sen/kWj.

Sehubungan dengan itu, penurunan tarif tersebut bakal menjimatkan bil elektrik lebih kurang RM 371 juta setahun bagi pengguna domestik, komersial dan industri.

Walaupun begitu, pengguna domestik yang menggunakan elektrik 300 kWj dan ke bawah sebulan lebih kurang 68 peratus pengguna tidak terlibat dengan pengurangan ini.

Dua faktor yang terlibat iaitu kadar tarif bagi jaluran asas kekal pada 21.8 sen/kWj sejak 1997 dan kadar bagi penggunaan 201 hingga 300 kWj sebulan telah dikekalkan pada 33.3 sen/kWj sejak tahun 2009.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

1 comments:

Unknown said...

Nice sharing!!!

#visit me on shukranzahari.blogspot.com #nuffnangclick #happy blogging