Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2014 Diumum 2 Mac 2015

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2014

Debaran kian terasa bagi pelajar-pelajar yang bakal mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 yang akan diumumkan pada 2 Mac 2015.

Calon-calon sekolah yang menduduki peperiksaan tersebut boleh mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 bermula pukul 12 tengah hari manakala bagi calon persendirian pula akan memperoleh keputusan peperiksaan STPM 2014 melalui pos.
   
Tambahan pula, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 boleh juga disemak menggunakan SMS dengan menaip STPM RESULT No. Kad Pengenalan seterusnya menghantar ke 15888. Selain itu, melalui talian internet pula, calon-calon peperiksaan boleh melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia mulai 12 tengah hari pada hari berkenaan juga.

Seramai 42,854 calon bakal mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 yang telah pun menduduki peperiksaan bertempat di 756 pusat peperiksaan di seluruh Malaysia. Jumlah tersebut melibatkan 42,316 orang iaitu 98.74 peratus calon sekolah kerajaan, 368 calon sekolah swasta (0.86 peratus), 151 calon persendirian individu (0.35 peratus), 17 calon sekolah kerajaan negeri (0.04 peratus) dan dua calon sekolah integriti.
0 Komentar untuk "Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2014 Diumum 2 Mac 2015"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top