Guru Wanita Parah Kemalangan Dalam Perjalanan ke Sekolah

Guru Wanita Parah Kemalangan Dalam Perjalanan ke Sekolah

Kemalangan berlaku di Kilometer 89 Jalan Kota Bharu-Gua Musang yang melibatkan guru wanita berusia 36 tahun. Guru tersebut parah selepas kereta Perodua Viva yang dimilikinya berlanggar dengan lori dan sebuah kereta Perodua Alza.

Kereta Perodua Viva yang dipandu oleh Suzita Yunus telah hilang kawalan sebelum melanggar lori tersebut. Rempuhan tersebut menyebabkan keretanya terbabas ke laluan bertentangan seterusnya bertembung dengan kereta Perodua Alza yang dinaiki dua orang lelaki. 

Kereta Perodua Alza tersebut telah termasuk ke dalam longkang lalu terbakar tetapi kedua-dua lelaki tersebut terselamat kerana sempat keluar daripada kenderaan. Mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan guru terbabit dikejarkan ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan.

Guru terbabit dalam perjalanan dari Kuala Krai menghala ke Sekolah Kebangsaan Lela Jasa di Laloh, Kuala Krai, Kelantan.
0 Komentar untuk "Guru Wanita Parah Kemalangan Dalam Perjalanan ke Sekolah"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top