Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Bekas Menteri Besar Kelantan Meninggal Dunia

Leave a Comment
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Bekas Menteri Besar Kelantan Meninggal Dunia

Berita terbaru yang diketahui bahawa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu bekas Menteri Besar Kelantan telah pun meninggal dunia. Beliau telah pun selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka.

Jenazah Allahyarham telah disemadikan lebih kurang pukul 11.30 pagi bersebelahan kubur bapanya iaitu Nik Mat Raja Banjar yang telah meninggal dunia kira-kira 40 tahun lalu.

Sebelum itu, solat jenazah telah dilangsungkan di Masjid Pulau Melaka yang diimamkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pukul 10 pagi.

Tetamu-tetamu yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah serta lain-lain.

Jenazah Allahyarham telah diusung oleh anank-anaknya ke tanah perkuburan diiringi oleh ramai orang yang hadir. Beliau meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka pada pukul 9.40 malam tadi.   

Allahyarham merupakan Adun Chempaka telah dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian pada pukul  8.40 malam.
   
Allahyarham menerima rawatan di hospital tersebut bermula 19 Januari 2015 disebabkan oleh kanser prostat. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan roh beliau dicucuri rahmat.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: