Malaysia Isytihar Kapal Terbang MAS MH370 Sebagai Satu Kemalangan

Leave a Comment
Malaysia Isytihar Kapal Terbang MAS MH370 Sebagai Satu Kemalangan

Sebentar tadi baru sahaja diadakan pengumuman khas yang telah diketuai oleh Datuk Azharuddin Abdul Rahman selaku Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang telah memberitahu bahawa Malaysia secara rasminya telah pun mengisytihar bahawa semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap telah kehilangan nyawa.

Pengumuman khas tersebut dilaksanakan supaya keluarga mangsa MH370 bakal mendapatkan bantuan yang diperlukan khususnya dari segi pampasan. Pengumuman ini telah pun disiarkan tadi melalui RTM TV1.

Tambahan pula, beliau juga menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah memberikan jaminan bahawa pencarian kapal terbang MAS MH370 tersebut akan kekal sebagai keutamaan dan carian di dasar laut akan diteruskan yang menggunakan empat kapal.

Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua negara dan individu yang telah memberikan bantuan dan sokongan untuk menjalankan misi mencari MH370.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: