Kampung Kundur Hulu Negeri Sembilan Bekal Buluh Betong Panda Gergasi


Kampung Kundur Hulu Negeri Sembilan Bekal Buluh Betong Panda Gergasi

Berita gembira buat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kundur Hulu yang bakal membekalkan buluh betong kepada pihak Zoo Negara. Program ini akan berjalan selama tiga tahun untuk dijadikan makanan kepada dua ekor panda gergasi bernama Xing Xing dan Liang Liang.

Pengerusinya iaitu Zubir Jamal telah menyatakan bahawa pihak Zoo Negara mengambil buluh betong setiap seminggu sekali supaya buluh tersebut dapat dikekalkan kesegarannya.

Memorandum Persefahaman juga telah pun ditandatangai antara pihak JKKK dengan Zoo Negara dan Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia bagi tujuan pembekalan buluh terbabit.

Tambahan pula, perkara ini dapat menambahkan pendapatan kepada penduduk setempat seterusnya dapat menampung perbelanjaan isi rumah setiap hari.

Kedua-dua ekor panda tersebut sangat menggemari buluh betong yang ditanam di kampung tersebut dan membuatkan penduduk-penduduk di kampung berasa bangga dapat menyumbangkan sesuatu kepada panda-panda tersebut.
0 Komentar untuk "Kampung Kundur Hulu Negeri Sembilan Bekal Buluh Betong Panda Gergasi "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top