Gary Steven Robbat Digantung Tiga Bulan oleh FAM

Leave a Comment
Gary Steven Robbat Digantung Tiga Bulan oleh FAM

Kes pemain Gary Steven Robbat berusia 22 tahun yang melibatkan kontroversi di antara tiga pasukan iaitu Kedah, Johor Darul Takzim dan Pahang telah pun menemui titik noktah.

Gary telah pun diputuskan bersalah oleh Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana telah melanggar peraturan perpindahan pemain. Gary telah pun digantung untuk bermain selama tiga bulan dan didenda RM 50,000.

Tambahan pula, Gary Steven Robbat tidak dibenarkan bermain dalam mana-mana kejohanan berkuatkuasa serta merta. Gary juga tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas kontrak yang ditandatangani sebelum 1 Disember 2014 bersama Pahang dan Johor DT adalah tidak sah.

Sementara itu, Kedah juga tidak layak untuk memiliki bekas pemain Harimau Muda A tersebut yang berasal daripada Kulim selepas meneliti bahawa Gary memulakan aktiviti bola sepak bersama Harimau Muda C.

Selain itu, Johor DT telah pun didenda sebanyak RM 100,000 kerana melakukan kecuaian dalam menangani perpindahan pemain manakala Pahang pula hanya diberikan amaran keras oleh FAM.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: