Amanah Saham Nasional 3 Agih Pendapatan 6.2 Sen Seunit

3 comments
Amanah Saham Nasional 3 Agih Pendapatan 6.2 Sen Seunit

Amanah Saham Nasional Berhad iaitu ASNB yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengagihkan pendapatan sebanyak 6.20 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 (ASN3). Ianya bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 November 2014.

Tambahan pula, perkara ini membabitkan jumlah peruntukan sebanyak RM 51.24 juta yang akan diperolehi seramai 30,170 pemegang unit yang telah melanggan sebanyak 826.51 juta unit ASN3.

Pembayaran ini akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan masing-masing pada 1 Disember 2014 mengikut kepada nilai aset bersih ASN3 pada 30 November 2014.

Selain itu, pemegang-pemegang unit yang melanggan melalui KWSP akan memperolehi pengagihan pendapatan yang akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP masing-masing.
Read More

Banjir Kilat di Changlun Jitra kedah

Leave a Comment
Banjir Kilat di Changlun Jitra kedah

Kawasan-kawasan rendah yang berada di Changlun telah pun dilanda banjir kilat pada petang tadi akibat hujan lebat yang terjadi dalam tempoh dua jam. Ianya bermula pukul 4.30 petang dan kembali pulih lebih kurang pukul 7.00 malam.

Kawasan-kawasan yang mengalami banjir ialah Kampung Lembah Keriang, Kampung Darat, Kampung Batas Jenalik dan perumahan kakitangan Universiti Utara Malaysia.

Laluan lebuh raya di Kilometer 13.3 dan 16 Lebuhraya Utara-Selatan yang hampir dengan Kampung Batas Jenalik juga turut terkena banjir.

Jalan ke utara yang terjejas akibat banjir kilat dan laluan kedua-dua arah telah dibuka untuk semua jenis kenderaan.
Read More

Zizan Razak dan Faizal Ismail Pengacara Anugerah Industri Muzik 21

2 comments
Zizan Razak dan Faizal Ismail Pengacara Anugerah Industri Muzik 21

Zizan Razak dan Faizal Ismail bakal digabungkan bagi mengacara Anugerah Industri Muzik (AIM) 21 berlangsung pada 6 Disember 2014.

Pengumuman pemilihan telah pun dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM 21 iaitu Encik Rosmin Hashim dalam satu sidang akhbar pada hari ini.

Barisan penyampai, pengacara karpet glamor dan persembahan artis juga turut diumumkan untuk memeriahkan acara tersebut.

Dua acara showcase akan dilaksanakan untuk menampilkan calon-calon AIM 21 yang bertanding. Showcase pertama di Hard Rock Cafe Melaka pada 23 November manakala showcase kedua di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 30 November 2014. Tiket untuk menyaksikan showcase tersebut dijual dengan harga RM50.
Read More

Perkhidmatan Bas Hentian Bas Putra Berpindah 1 Disember 2014

Leave a Comment
Perkhidmatan Bas Hentian Bas Putra Berpindah 1 Disember 2014

Pemberitahuan terbaru dinyatakan bahawa perkhdimatan bas ekpres laluan timur dari Hentian Bas Putra (HBP) bakal berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada 1 Disember 2014.

Perpindahan ini wajib dilakukan disebabkan oleh struktur bangunan HBP yang tidak lagi selamat dan juga melibatkan faktor keselesaan penumpang bas.

Terminal Bersepadu Selatan mempunyai tempat yang selesa jika dibandingkan dengan Hentian Bas Putra. Selain itu, tempat ini juga mempunyai hubungan dengan jaringan pengangkutan awam lain. Ruang di sini juga lebih luas yang dapat menampung bas yang banyak.
Read More

Google Pamer Doodle Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari

2 comments
Google Pamer Doodle Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari

Google Malaysia telah pun memaparkan seni lakaran atau pun 'doodle' Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sempena ulang tahun kelahiran ke-61.

Allahyarham Datuk Mokhtar telah mewakili Malaysia sehingga ke peringkat Antarabangsa dan telah menjadikan Malaysia kuasa besar Asia dengan mengalahkan Korea Selatan dan Jepun pada tahun 1970-an.

Beliau digelar 'SuperMokh' dengan kehebatan dan kemahiran menjaringkan gol yang luar biasa selaras dengan posisinya sebagai seorang penyerang.

Sebanyak 175 gol dijaringkan untuk Selangor, 20 gol dengan 13 penampilan bersama Kwong Yik Bank dan untuk Malaysia sebanyak 125 gol. Jaringan-jaringan gol tersebut sebanyak 320 gol telah menjadikan Allahyarham Datuk Mokhtar sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa untuk Selangor dan Malaysia.

Beliau telah meninggal dunia pada 11 Julai 1991 selepas bertarung nyawa dengan penyakit saraf neuron motor selama tiga tahun.
Read More

MDeC Sedia 85,000 Peluang Pekerjaan Menjelang 2020

Leave a Comment
MDeC Sedia 85,000 Peluang Pekerjaan Menjelang 2020

Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. atau pun MDeC telah pun menyediakan sebanyak 143,000 pekerjaan semenjak ditubuhkan dari tahun 1996.

Tambahan pula, lebih kurang 85,000 pekerjaan akan disediakan oleh MDeC menjelang tahun 2020.

Pekerjaan yang terlibat merupakan pekerjaan yang memang mencabar dan memerlukan kemahiran serta pengethuan yang luas dalam bidang ICT.

Bidang-bidang yang termasuk dalam pekerjaan ini seperti pembangunan perisian komputer, multimedia, perbankan dan perkhidmatan yang menggunakan asas komputer.
Read More

Datuk M Nasir Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Industri Kreatif UUM

Leave a Comment
Datuk M Nasir Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Industri Kreatif UUM

Komposer terkenal negara iaitu Datuk M Nasir telah pun menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Industri Kreatif sempena Majlis Konvokesyen ke-27 Universiti Utara Malaysia di Dewan Mu'adzam Shah.

Istiadat konvokesyen yang bermula hari ini akan berlangsung selama sembilan sesi sehingga hari Rabu. Lebih kurang 6,608 graduan akan menerima ijazah masing-masing termasuklah dengan 482 graduan daripada 26 negara. Pada sesi pertama, lebih kurang 298 graduan akan menerima ijazah masing-masing.

Sesi pertama berlaku dengan istiadat pemasyhuran Tunku Panglima Besar Kedah iaitu Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah selaku Canselor UUM yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan II iaitu Datuk Seri Idris Jusoh.

Empat program juga telah melahirkan 21 graduan sulung iaitu program Kedoktoran Pengurusan, Ijazah Sarjana Undang-Undang, Ijazah Sarjana Kewangan dan Perbankan Islam serta Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Media.
Read More

Pertandingan Reka Jersi Pasukan Kedah Liga Malaysia 2015

2 comments
Pertandingan Reka Jersi Pasukan Kedah Liga Malaysia 2015

Persatuan Bola Sepak Kedah bakal mengadakan pertandingan mencipta jersi skuad Kedah yang bermula secara rasmi pada 6 November sehingga 11.59 malam pada 11 November 2014.

Ianya untuk saingan Liga Malaysia 2015 yang melibatkan jersi pasukan utama, Piala Presiden dan Piala Belia.

Menurut presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, pertandingan ini dapat memberi peluang kepada peminat dan penyokong bagi memberi ilham terbaru kepada Pasukan Bola Sepak Negeri Kedah selaras dengan tema musim 2015 iaitu Transformasi.

Seorang pemenang bakal dipilih yang bakal memenangi wang tunai sebanyak RM1,000 yang akan diumumkan sebelum 15 November 2014.
   
Maksimum tiga rekaan sahaja yang boleh dihantar oleh seorang peserta ke alamat e-mel mediakfa@gmail.com.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat menerusi Facebook pertandingan tersebut di Rekaan Jersi Skuad Hijau Kuning 2015.
Read More

Teater Bangsawan Sinbad di DBKL Bermula 7 November 2014

Leave a Comment
Teater Bangsawan Sinbad di DBKL

Teater bangsawan Sinbad yang berjudul 'Dendam Ratu Kala' yang merupakan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diadakan selama tiga hari bermula 7 November 2014.

Teater ini bersangkutan dengan teater yang dipentaskan pada tahun 2009 yang berjudul 'Batu Permata Dewa'.

Ianya bakal bertempat di Auditorium DBKL yang terletak di Jalan Raja Laut bermula pukul 8.30 malam.

Tiket-tiket untuk menonton teater tersebut boleh didapati dengan harga RM50 (premier) dan RM5.

Sebarang tempahan tiket atau pertanyaan boleh dilakukan dengan menghubungi Roy di talian 016-5539062 atau Ezlina Alias di 03-26148200.
Read More

Universiti Putra Malaysia Kedudukan Ke-54 Dunia

2 comments
Universiti Putra Malaysia Kedudukan Ke-54 Dunia

Tahniah diucapkan kepada Universiti Putra Malaysia iaitu UPM apabila telah tersenarai pada kedudukan ke-54 dunia dalam bidang Sains Pertanian. Ianya berdasarkan kepada Kedudukan Universiti Terbaik Global oleh US News and World Report.

Tambahan pula, UPM juga pada masa yang sama disenaraikan sebagai universiti terbaik di rantau Asia Tenggara dan ketujuh terbaik Asia dalam bidang Sains Pertanian.

Fokus utama kepada penarafan yang baru tersebut melibatkan penyelidikan keseluruhan institusi, reputasi global dan serantau, prestasi penyelidikan menggunakan indikator penerbitan, staf akademik dan bilangan graduan doktor falsafah (PhD).

Lapan indikator utama bagi penarafan subjek termasuklah reputasi penyelidikan global, reputasi penyelidikan serantau, penerbitan dan kerjasama antarabangsa.

Naib Canselor UPM iaitu Prof. Datuk Dr. Mohd. Fauzi Ramlan menyatakan bahawa iana merupakan pencapaian terbaik melibatkan Sains Pertanian dan meningkatkan reputasi akademik UPM pada peringkat global.
Read More

Banjir Melanda 13 Kampung di Daerah Baling Kedah

Leave a Comment
Banjir Melanda 13 Kampung di Daerah Baling Kedah

Daerah Baling telah mengalami banjir kilat apabila dinaiki air sedalam satu meter. Ianya melibatkan 50 buah rumah di 13 kampung di sana.

Kampung-kampung yang terlibat dengan banjir tersebut ialah Kampung Nering, Kampung Pantai Teh, Kampung Haji Abas, Kampung Sungai Batu, Kampung Seberang Pekan, Kampung Kuala Kuda, Kampung Bukit Sebelah, Kampung Siput, Kampung Banggol Derum, Kampung Dusun Raja, Kampung Lahar.
   
Penduduk yang terlibat dengan banjir tidak dipindahkan tetapi langkah berjaga-jaga diambil oleh pihak berkuasa jika kampung-kampung tersebut mengalami banjir besar.
   
Banjir besar mungkin akan berlaku jika hujan yang lebat melanda kawasan tersebut pada waktu petang atau pun malam.
Read More

Rozita Che Wan Pelakon Popular Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Leave a Comment
Rozita Che Wan Pelakon Popular Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta yang merupakan pelakon popular berumur 41 tahun telah selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 2.18 petang 1 November 2014 di Hospital Pakar Ampang Puteri.

Rozita Che Wan Pelakon Popular Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Tambahan pula, suami Che Ta yang bernama Zain Saidin berumur 30 tahun telah menyatakan bahawa bayi perempuan yang seberat 2.8 kg telah dilahirkan secara normal.

Che Ta dan bayi tersebut berada dalam keadaan baik. Zain bersyukur dengan anugerah yang diberikan dan berasa sangat teruja.
Read More