Kejadian Puting Beliung di Daerah Kota Setar Kedah

1 comment
Kejadian Puting Beliung di Daerah Kota Setar Kedah

Kejadian puting beliung yang berlaku di daerah Kota Setar diberitakan telah mengakibatkan kecederaan kepada tiga orang dan kerosakan yang berlaku melibatkan lebih daripada 35 buah rumah.

Kejadian Puting Beliung di Daerah Kota Setar Kedah

Dua mangsa yang cedera daripada Taman Inang apabila terkena serpihan kaca dan kanak-kanak yang cedera ketika memancing di kawasan sawah padi.

Kejadian Puting Beliung di Daerah Kota Setar Kedah

Seorang mangsa lagi berasal dari Kampung Sungai Baru yang cedera di badan dan tangan akibat terkena serpihan atap zink.

Kejadian Puting Beliung di Daerah Kota Setar Kedah

Pokok-pokok yang berada berhampiran dengan puting beliung telah pun tumbang di tepi-tepi jalan.

Kejadian Puting Beliung di Daerah Kota Setar Kedah

Kawasan-kawasan yang terlibat dengan kejadian ialah Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa Satu, Taman Inang dan Kampung Sungai Baru.

Kejadian Puting Beliung di Daerah Kota Setar Kedah

Pusaran angin yang kelihatan seperti puting beliung tersebut kelihatan di beberapa kawasan dan dipercayai bermula dari Sungai Baru menghala ke arah Mergong.

Kejadian Puting Beliung di Daerah Kota Setar Kedah

Read More

Ultraman Adiwira Jepun Muncul di Pavilion Kuala Lumpur

2 comments
Ultraman Adiwira Jepun Muncul di Pavilion Kuala Lumpur

Karakter-karakter adiwira Jepun iaitu Ultraman bakal muncul di Pavilion Kuala Lumpur bermula 27 Oktober 2014 sehingga 9 November 2014. Watak-watak jahat juga akan turut serta dalam penampilan ini. Ianya selaras dengan persembahan "Ultraman Live in Genting 2015" bermula 19 Februari sehingga 22 Mac 2014 di Resorts World Genting.

Roadshow ini akan berlaku selama dua minggu yang juga akan menampilkan ahli keluarga mereka yang terbaru iaitu Ultraman Ginga. Ultraman baru sahaja menyambut ulang tahun ke-50 siri terbitan Tsuburaya Production

Dua lagi karakter iaitu Ultraman Zero dan Ultraman Tiga bakal turut serta untuk beramah mesra dengan peminat dan peminat dapat menonton cerita Ultraman di skrin plasma yang disediakan.

Ultraman Adiwira Jepun Muncul di Pavilion Kuala Lumpur

Peminat-peminat boleh bergambar dengan Ultraman di tempat-tempat yang terpilih di Pavilion dan berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan hasil daripada peraduan.

Lagi ramai karakter-karakter Ultraman termasuk Ultraman Seven, Taro, Mebius dan Cosmos serta dua raksasa kaiju yang akan di bawa ke Resorts World Genting.

Tiket-tiket bagi menyaksikan persembahan di Resorts World Genting boleh didapati semasa road show. Harga tiket bermula daripada RM48 sehingga RM88 dan pembeli terawal bakal menerima diskaun sehingga 30 peratus.
Read More

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Bermula 3 November 2014

Leave a Comment
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Bermula 3 November 2014

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di seluruh negara bakal dilaksanakan dari 3 November sehingga 4 Disember 2014. Ianya bakal melibatkan seramai 455,655 calon di 3,655 pusat peperiksaan SPM seluruh negara.

Pelajar-pelajar terbabit terdiri daripada 400,351 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan. 8,241 calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan manakala seramai 7,957 calon sekolah menengah agama negeri.

Tambahan pula, seramai 12,066 merupakan calon sekolah swasta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan, 25,701 calon persendirian dan seterusnya 1,523 calon sekolah menengah agama rakyat.

Petugas-petugas yang dilantik untuk peperiksaan SPM adalah seramai 29,607 orang supaya dapat melancarkan dan memberikan kemudahan kepada para pelajar yang menghadapi peperiksaan.
Read More

Tiket Perlawanan Akhir Pahang Lawan Johor Darul Takzim Piala Malaysia 2014

Leave a Comment
Tiket Perlawanan Akhir Pahang Lawan Johor Darul Takzim Piala Malaysia 2014

Tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Pahang dengan Johor Darul Takzim bakal dijual di negeri masing-masing mulai 29 Oktober 2014.

Persatuan Bola Sepak Malaysia iaitu FAM telah pun menyediakan sebanyak 90,000 keping tiket kepada para penyokong. Kedua-dua pasukan diberi sebanyak 40,000 keping tiket dan baki 10,000 keping tiket akan dijual secara online.

Tiket perlawanan ini dijual dengan harga RM40 sekeping bagi tempat duduk grandstand dan terbuka. Perlawanan tersebut bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 November 2014.
Read More

Taman Aktiviti Angry Bird Komtar Johor Bahru City Centre

1 comment
Taman Aktiviti Angry Bird Komtar Johor Bahru City Centre

Taman Aktiviti Angry Bird bakal dibuka kepada pengunjung pada 31 Oktober 2014. Ianya merupakan yang pertama di Asia Tenggara yang berada di Komtar Johor Bahru City Centre.

Ianya mempunyai keluasan 0.2 hektar yang dianggarkan bernilai RM 17 juta. Pelbagai permainan menarik diwujudkan bagi golongan remaja dan juga kanak-kanak seperti 'Laser Bird Shoot' dan 'Classic Tower Play'.

Tambahan pula, taman aktiviti ini diharapkan dapat menarik minat kepada pengunjung di dalam dan luar negara untuk mempromosikan Malaysia serta menyasarkan sebanyak 150,000 pengunjung akan hadir bagi tahun pertama pembukaan taman ini.

Taman ini menawarkan aktiviti hiburan, permainan berbentuk fizikal dan pendidikan kepada kanak-kanak dan remaja.

Bayaran yang bakal dikenakan kepada warnegara Malaysia ialah RM 60 tanpa mengira umur manakala bagi warga asing pula ialah RM 75.

Bayaran masuk untuk warganegara Malaysia ialah RM60 tanpa mengira usia, manakala warga asing pula RM75.
Read More

Alan Eustace Cipta Rekod Terjunan Tertinggi di Dunia 41148 meter

1 comment
Alan Eustace Cipta Rekod Terjunan Tertinggi di Dunia 41148 meter

Seorang eksekutif Google telah pun mencipta rekod apabila terjun daripada udara tertinggi di dunia dengan ketinggian 41,148 meter.

Alan Eustace yang berumur 57 tahun ialah Naib Presiden Kanan Ilmu Pengetahuan Google membuat terjunan untuk menjayakan projek eksplorasi dari ruang atmosfera melebihi ketinggian 30,480m dengan pakaian seorang angkasawan yang direka khas.

Kelajuan 304m seminit direkodkan iaitu keseluruhan terjunan mengambil masa selama dua jam 30 minit. Alan Eustace berada di lapisan stratosfera lebih kurang 30 minit.


Lima minit diperlukan bagi terjunan bebas semasa masuk ke lapisan atmosfera dan membuka payung terjun pada ketinggian 5,486m.

Felix Baumgartner merupakan pemegang rekod sebelum ini membuat terjunan pada ketinggian 39,014m di New Mexico pada tahun 2012.
Read More

Sheikh Abdul Qadir Taha Al-Shaibi Penjaga Pintu Kaabah Meninggal Dunia

Leave a Comment
Sheikh Abdul Qadir Taha Al-Shaibi

Berita terbaru yang diketahui pada hari ini berkenaan dengan penjaga kunci tradisional pintu Kaabah iaitu Sheikh Abdul Qadir Taha Al-Shaibi telah pun meninggal dunia di Hospital Raja Khaled pada usia 74 tahun.

Beliau merupakan penjaga kanan kunci pintu Kaabah. Beliau mengambil alih untuk menjaga amanah tersebut selepas kematian bapa saudaranya iaitu Abdul Aziz Al-Shaibi lebih kurang empat tahun lalu.  

Justeru, penjaga kunci tersebut akan diamanahkan kepada Dr Saleh bin Taha Al-Shaibi. Perkara ini telah dipersetujui sejak lama dahulu iaitu telah diamanahkan kepada anggota  keluarga tertua Al-Shaibi sejak zaman pra-Islam.
Read More

Maharaja Lawak Mega 2014 Astro Warna Bermula 31 Oktober 2014

Leave a Comment
Maharaja Lawak Mega 2014 Astro Warna Bermula 31 Oktober 2014

Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) bakal kembali dengan lebih hangat yang menampilkan banyak kumpulan terbaik.

MLM 2014 masih lagi mengekalkan pengacara berkalibernya iaitu Dato' AC Mizal.

Astro Gempak telah pun menampilkan senarai lengkap nama peserta yang bertanding untuk memenangi wang tunai sebanyak RM500,000.

Senarai Perserta Fast Lane (Layak Secara Automatik):

1. Sepahtu – Jep, Shuib & Ilya
2. Shiro – Ajak & Shahrol
3. Bocey – Acey, Abam & Fad
4. Virus – Tauke, Yus & Zizan
5. Nabil
6. Comey – Suhaimi & Rophie
7. SYJ – Jihan Muse, Yassin & Yassin
8. Jalor – Along, Rahim & Joey
9. Sayot – Zam Jr (Skool Of Lawak), Filzah (Skool Of Lawak), One (Skool Of Lawak)
10. Kepoh – Izu, Pian & Kamal

16 peserta lagi terpaksa bersaing dalam pusingan ‘Hot Seat’ (Kerusi Panas) bagi melayakkan bersaing bersama peserta ‘Fast Lane’.

Pusingan 'Hot Seat' akan diadakan pada 31 Oktober dan 7 November ini pada pukul 10 malam di saluran Astro Warna.

16 peserta bakal merebut empat tempat untuk melengkapkan 14 Finalis MLM 2014 ialah:

1. Ekzos – Jon LNJ, Raja Azri & Lie (Kumpulan Cuit)
2. Mamu – Ajo & Abu
3. Sakan – Jelut, Ash & Pakku
4. Samurai – Arin, Man (Raja Lawak) & Acong
5. Cak – Azmir & Ikhtiaruddin
6. Spark – Mail, Yus & Azmi (Kumpulan Ketampi)
7. Qtaro – Munir, Chot & Syed Ali
8. Token – Radhi OAG, Wira (Kumpulan Wili), Ezad Lazim
9. Chilok – Chiwan, Achok, Wan Lopez
10. Badboy – Aboy & Bard
11. Zero – Sahrif, Syaiful & Sharif
12. Glory – Aziz Kota, Elly & Sathia
13. Shake – Amirullah, Bell Ngasri & Haszmi
14. Gap2 – Azlan, Rohaizat, CT Chubby
15. JBOND – Che Mat & Pak Cu
16. Wala – Lopz & Wan

Program MLM 2014 ini diharapkan akan memeriahkan lagi industri lawak di negara ini.
Read More

Filem Mana Mau Lari di Pawagam 27 November 2014

2 comments
Filem Mana Mau Lari di Pawagam 27 November 2014

Filem Mana Mau Lari yang bakal diterbitkan oleh Tayangan Ungguk Sdn. Bhd. akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 27 November 2014. Filem ini dibintangi oleh Tauke Jambu, Syuk Balas, Yassin, Aliff Yasraff dan lain-lain.

Datuk A. Razak Mohaideen selaku pengarah menyatakan bahawa filem ini merupakan genre 'Road Movie' yang melibatkan pengembaraan penggemar motosikal berkuasa tinggi.

Genre ini mempunyai sedikit kelainan daripada genre filem yang lain seperti komedi, seram dan fantasi tetapi unsur-unsur tersebut terdapat juga di dalam filem ini untuk memberi penambahan yang terbaik buat penonton.

Filem ini melibatkan belanja sebanyak RM1.5 juta yang merupakan filem ke-34 arahan A. Razak. Beliau berehat sebelum ini selama dua tahun bagi menumpukan kepada pengajian peringkat Doktor Falsafah.
Read More

Ekspedisi Berbasikal Kayuhan 1Media 1Malaysia

Leave a Comment
Ekspedisi Berbasikal Kayuhan 1Media 1Malaysia

Ekspedisi berbasikal Kayuhan 1Media 1Malaysia telah dilancarkan pada hari ini yang melibatkan beberapa pengamal media yang melibatkan jarak sejauh 2,400 kilometer. Ekspedisi ini akan mengelilingi Semenanjung Malaysia yang mengambil masa selama 24 hari bertujuan program Tahun Melawat Malaysia 2014.

Seramai 12 orang yang terlibat termasuk dua orang wakil dari Bernama dan seorang wakil dari Bernama TV bakal memulakan kayuhan mereka di Ibu Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Tambahan pula, ekspedisi ini dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Utusan Melayu dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi 1Media. Penaja-penaja utama bagi ekspedisi ini seperti Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Pemodalan Nasional Berhad, High5, Kelab Putra 1Malaysia, Nikon, Wardah, Air Anugerah, Proton dan Adabi Consumer Sdn Bhd.

Kumpulan berbasikal ini telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan iaitu Datuk Othman Mohamed yang akan bergerak dulu ke arah utara dan akan berpusing ke selatan menerusi jalan persekutuan.
Read More

Gerai Up Town Shah Alam Selangor Terbakar

Leave a Comment
Gerai Up Town Shah Alam Selangor Terbakar

Kejadian kebakaran yang baru sahaja berlaku pagi tadi yang melibatkan sebanyak 196 gerai musnah terbakar daripada 425 gerai di Up Town Shah Alam akibat litar pintas.

Bomba Selangor telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.57 pagi dan sampai ke tempat kejadian lima minit kemudian. Tiga pasukan bomba telah pun digerakkan bagi membantu untuk memadamkan kebakaran daripada merebak dengan lebih luas.

Pihak bomba juga memaklumkan bahawa ketika ini tiada berlaku tragedi kehilangan jiwa dan 40 peratus daripada kawasan perniagaan musnah terbakar.
Read More

Samsung Galaxy Note 4 Dijual Mulai 17 Oktober 2014

Leave a Comment
Samsung Galaxy Note 4 Dijual Mulai 17 Oktober 2014

Samsung Galaxy Note 4 yang merupakan telefon yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai bakal dijual pada 17 Oktober ini.
   
100 pelanggan pertama yang membeli Note 4 di Samsung Experience Stores dan pengedar sah yang mengambil bahagian bakal mendapat barangan percuma seperti 'Gear Circle', peranti bergaya dan rantai intuitif berfungsi sebagai fon telinga.

Pameran bergerak selama tiga hari bakal mendedahkan pengalaman baru untuk menggunakan produk Samsung.
    
Samsung dan rakan kongsi seperti Celcom, DiGi, Harvey Norman dan Maxis akan membuka ruang perkhidmatan bermula daripada 17 hingga 19 Oktober di Blue Concourse, Sunway Pyramid Shopping Mall.
    
Samsung Galaxy Note 4 akan dikeluarkan dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan emas.
Read More

Kuda Lincoln Tertinggi 2.43 Meter di Britain

1 comment
Kuda Lincoln Tertinggi 2.43 Meter di Britain

Seekor kuda yang mempunyai ketinggian sebanyak 2.43 meter dipercayai merupakan kuda tertinggi di Britain. Ianya diselamatkan oleh dua orang petani daripada disembelih.

Kuda tersebut yang dinamakan sebagai Lincoln memakan 12 kilogram lobak merah, 24 biji epal, 5 kilogram bayam dan lima biji kubis dalam sehari yang dianggarkan nilai sebanyak RM 150 sehari atau RM 54,502 setahun.

Lincoln diselamatakn oleh seorang petani bernama Ruth Blair dan dijaga bersama oleh pemilik syarikat buah-buahan dan sayur-sayuran bernama James Mackie.

Bagaimanapun, seekor kuda yang bernama Clydesdale di Kanada masih lagi diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness sebagai kuda tertinggi kerana mempunyai ketinggian 3 meter.
Read More

Fenomena Gerhana Bulan Penuh 8 Oktober 2014

Leave a Comment
Fenomena Gerhana Bulan Penuh 8 Oktober 2014

Rakyat di negara ini boleh melihat fenomena gerhana bulan penuh yang dijangka berlaku pada waktu Maghrib malam ini.

Defisini gerhana bulan penuh iaitu bumi berada di tengah-tengah antara matahari dan bulan dalam satu garisan yang lurus di mana bulan melintasi bayang-bayang bumi.


Fenomena Gerhana Bulan Penuh 8 Oktober 2014

Gerhana dijangka berlaku pada fasa penuh umbra bermula pukul 6.25 petang seterusnya kemuncaknya pada pukul 6.54 petang sehingga tamat pada pukul 7.24 malam.

Akhir sekali, pada pukul 8.34 malam bulan mulai keluar daripada bayang umbra bumi dan berlaku sepenuhnya pukul 9.33 malam.
Read More

Pemandu Bas Rapid Penang Cedera Parah Ditikam Wanita Kurang Siuman

Leave a Comment
Pemandu Bas Rapid Penang Cedera Parah Ditikam Wanita Kurang Siuman

Seorang penumpang bas yang berkemungkinan tidak siuman telah menikam seorang pemandu bas Rapid Penang. Kejadian tersebut berlaku di Relau yang mengakibatkan pemandu bas tersebut cedera parah.

Pemandu bas yang bernama Aisyamudin Yaacob berumur 26 tahun sedang memandu ketika kejadian pada pukul 7 pagi. Tiba-tiba penumpang tersebut menikam paha kanan pemandu berkali-kali. Kejadian tersebut turut disaksikan oleh beberapa penumpang lain di dalam bas.

Siasatan pihak polis telah mendapati bahawa wanita tersebut yang duduk berhampiran dengan pemandu bas telah bangun lalu menikam pemandu bas. Bas tersebut berhenti dan wanita yang terlibat telah melarikan diri.

Ianya berlaku dengan pantas sehinggakan penumpang di dalam bas tersebut tidak sempat untuk menghalang wanita tersebut bertindak sedemikian dan mengejar wanita tersebut yang melarikan diri.
Read More

Banjir Kilat di Georgetown Pulau Pinang

2 comments
Banjir Kilat di Georgetown Pulau Pinang

Hujan yang sangat lebat semalam daripada pukul 7 malam sehingga pukul 10 malam telah menyebabkan banyak kawasan di Georgetown telah dinaiki air.

Kawasan-kawasan terlibat yang telah dinaiki air ialah Jalan P Ramlee, Jalan Perak, Jalan Hutton dan Jalan Bagan Jermal.

Banjir yang berlaku dengan pantas ini telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di Jalan Masjid Negeri, Jalan Scotland, Jalan Datuk Keramat dan Jalan P Ramlee.

Banjir yang berlaku tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.
Read More

Majlis Perkahwinan Aliff Omar Anak Allahyarham Datuk Sharifah Aini

Leave a Comment
Majlis Perkahwinan Aliff Omar Anak Allahyarham Datuk Sharifah Aini

Majlis perkahwinan Aliff Omar berumur 32 tahun iaitu anak tunggal biduanita negara Allahyarham Datuk Sharifah Aini dengan isterinya Nur Athirah Syed Azmi yang berumur 28 tahun telah berlangsung dengan meriah di Pusat Konveksyen Shah Alam.

Majlis tersebut dihadiri tetamu lebih kurang 1,000 orang yang disambut secara sederhana tetapi meriah.

Artis tanah air yang turut memeriahkan majlis perkahwinan tersebut seperti Datuk M.Nasir, Azmil Mustapha, Joe Flizzow, Herman Tino, Datuk Dahlan Zainuddin dan Uji Rashid.
Read More

Nama Terpanjang Direkod Jabatan Pendaftaran Negara

2 comments
Nama Terpanjang Direkod Jabatan Pendaftaran Negara

Jabatan Pendaftaran Negara telah pun mencatatkan sejarah tersendiri apabila mempunyai nama terpanjang yang didaftarkan iaitu Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara iaitu Datuk Sulaiman Keling telah mengumumkan nama yang unik tersebut semasa berucap pada Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014.

Pemilik nama tersebut yang berumur lapan tahun masih lagi bersekolah di sebuah sekolah rendah.

Nama terpanjang merupakan maklumat yang begitu unik bagi JPN yang mula beroperasi sejak 1948.
Read More

Harga Petrol RON 95 dan Diesel Naik 20 Sen

Leave a Comment
Harga Petrol RON 95 dan Diesel Naik 20 Sen

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu KPDNKK telah pun mengumumkan bahawa subsidi petrol RON95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter yang mula dikuatkuasakan pada pukul 12.01 pagi yang bertarikh 2 Oktober 2014.

Justeru, harga runcit baharu untuk petrol RON95 adalah sebanyak RM2.30 seliter manakala harga diesel pula adalah sebanyak RM2.20 seliter. Rata-rata pengguna mengeluh dengan kenaikan ini yang akan memberi bebanan kepada diri sendiri dan keluarga.
Read More