Azizulhasni Awang Cadang Lelong Pingat Gangsa Keirin Sukan Komanwel 2014

Leave a Comment
Azizulhasni Awang Cadang Lelong Pingat Gangsa Keirin Sukan Komanwel 2014

Mohd Azizulhasni Awang yang merupakan jaguh pecut berbasikal negara bercadang melelongkan pingat gangsa acara keirin Sukan Komanwel ke-20 bertujuan melakukan derma kepada badan-badan kebajikan.
   
Beliau mahu kembali berbakti kepada masyarakat yang selalu memberikan sokongan untuk terus berjaya dalam sukan berbasikal.

Azizulhasni berharap ada pihak tampil membantunya bagi melakukan lelongan pingat terbabit.

Pingat gangsa terbabit diraih pada hari Ahad sebelum ini di Velodrom Sir Chris Hoy, Glasgow.
Read More

Bas Percuma di Pusat Bandar Johor Bahru Bermula 8 Ogos 2014

Leave a Comment
Bas Percuma di Pusat Bandar Johor Bahru Bermula 8 Ogos 2014

Bas percuma akan bermula 8 Ogos 2014 yang merupakan alternatif kepada orang ramai bagi mengurangkan kesesakan di kawasan pusat bandar.

Langkah tersebut dapat mengurangkan kos perbelanjaan yang ditanggung oleh warga bandar raya. Bas akan beroperasi bermula jam 5.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Ianya meliputi kawasan Terminal Bas Larkin, Terminal JB Sentral, hadapan pejabat MBJB (Jalan Ibrahim), pusat bandar, jalan Wong Ah Fook dan balik semula ke Terminal Larkin Sentral

Enam buah bas akan beroperasi dengan kekerapan tiap 15 minit yang dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV), penentu kedudukan global (GPS), sistem data penumpang dan kemudahan internet percuma (WiFi).
Read More

Pesawat Taiwan Terhempas Akibat Cuaca Buruk

Leave a Comment

Pesawat Taiwan Terhempas Akibat Cuaca Buruk

Cuaca buruk yang diakibatkan oleh taufan merupakan punca sebuah pesawat penumpang di Taiwan terhempas yang mengorbankan 48 nyawa dan mencederakan 10 orang di dalam pesawat serta lima lagi di darat.

Pesawat ATR-72 milik Penerbangan TransAsia mempunyai 58 penumpang dan kru apabila terhempas ketika mendarat di Kepulauan Penghu di Selat Taiwan.

Mangsa merupakan 46 warga tempatan dan dua pelajar perubatan Perancis yang menjalani latihan di Taiwan.

Kejadian tersebut berlaku beberapa jam selepas Taufan Matmo melintasi Taiwan di mana pesawat terhempas berdekatan sebuah lapangan terbang di Magong, Pulau Penghu.
Read More

Heine Allemagne Pencipta Semburan Ajaib Piala Dunia 2014 Bakal Jutawan

Leave a Comment
Heine Allemagne Pencipta Semburan Ajaib Piala Dunia 2014 Bakal Jutawan

Heine Allemagne datang daripada keluarga yang miskin dan mengalami muflis yang telah mendapat semangat yang baru untuk menjadi jutawan setelah semburan ajaib yang digunakan oleh pengadil semasa Piala Dunia 2014 mendapat reaksi positif dari seluruh dunia.

Semburan buih akan hilang selepas 60 saat dijangka bakal digunakan di seluruh dunia dan mendapat pertimbangan daripada Liga Perdana Inggeris.

Heine Allemagne Pencipta Semburan Ajaib Piala Dunia 2014 Bakal Jutawan

Heine terharu ciptaannya berjaya digunakan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 di Sao Paulo.

Beliau mengambil masa selama 14 tahun untuk menghasilkan idea ini dan beliau mula menerima mesej dari keluarga dan rakan-rakan selepas pengadil menggunakannya.

Heine Allemagne Pencipta Semburan Ajaib Piala Dunia 2014 Bakal Jutawan

Heine Allemagne bersedia menjadi jutawan jika semburan ajaib tersebut digunakan di seluruh dunia.
Read More

Nicola Rizzoli Pengadil Perlawanan Akhir Piala Dunia 2014

Leave a Comment
Nicola Rizzoli Pengadil Perlawanan Akhir Piala Dunia 2014

Nicola Rizzoli yang merupakan pengadil daripada Itali telah pun dipilih bagi mengadili perlawanan akhir Piala Dunia 2014 di antara Jerman dan Argentina.

Ramai pihak yang telah menjangkakan bahawa pengadil dari Asia ataupun Afrika bakal dipilih bagi mengadili perlawanan tersebut keranaianya merupakan aksi final melibatkan pasukan dari benua Eropah dan Amerika Selatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Fifa iaitu Jim Boyce telah menyatakan bahawa Nicola Rizzoli merupakan pengadil terbaik bagi perlawanan akhir ini.
Read More

Jerman Belasah Brazil 7-1 Separuh Akhir Piala Dunia 2014

Leave a Comment
Jerman Belasah Brazil 7-1 Separuh Akhir Piala Dunia 2014

Jerman ke perlawanan akhir Piala Dunia untuk kali kelapan selepas membelasah Brazil 7-1 pada separuh akhir.

Jerman mendahului 5-0 pada babak pertama dan menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua untuk mendahului 7-0. Brazil mendapat gol saguhati melalui Oscar.

Toni Kroos dan Andre Schuerrle masing-masing menjaringkan dua gol dan tiga lagi gol dijaringkan menerusi Thomas Mueller, Miroslav Klose dan Sami Khedira.

Jerman menunggu keputusan di antara Argentina atau Belanda yang beraksi pada satu lagi separuh akhir.
Read More

Robot Buaya Tarikan Terbaru di Manila Filipina

1 comment
Robot Buaya Tarikan Terbaru di Manila Filipina

Seekor robot buaya yang mengambil masa selama tiga bulan telah pun dihasilkan dengan kos sebanyak RM5,791 seterusnya diletakkan di atas bumbung sebuah van.

Haiwan yang berukuran 6.4 meter dihantar ke Taman Buaya di bandar Bandar Pasay, Manila telah pun menjadi satu daya tarikan baru bagi para pengunjung.

Buaya robot dihasilkan dengan menggunakan gentian kaca, getah dan besi yang digunakan dalam pembuatan bingkai.

Seseorang akan berada di dalam badan robot buaya itu supaya dapat membuka mulut, merangkak dan menggerakkan kepalanya.
Read More

Datuk Sharifah Aini Biduanita Negara Meninggal Dunia

Leave a Comment
Datuk Sharifah Aini Biduanita Negara Meninggal Dunia

Biduanita tanah air yang terkenal iaitu Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar yang berumur 61 tahun telah meninggal dunia pada jam 1.26 pagi tadi di Hospital Pakar Damansara. Ianya disebabkan oleh jangkitan kuman pada paru-paru.

Allahyarhamah dibawa ke hospital selepas mengalami kesukaran bernafas sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital sama.

Allahyarhamah menghidap sakit paru-paru dua tahun lalu dan kira-kira lima bulan lalu pernah dijangkiti virus Influenza A H1N1.

Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 11.30 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Kuala Lumpur.
Read More

Felixia Yeap Peluk Agama Islam 3 Julai 2014

Leave a Comment
Felixia Yeap Peluk Agama Islam 3 Julai 2014

Felixia Yeap yang berumur 28 tahun yang merupakan model dan pelakon mengesahkan telah memeluk agama Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah.

Tarikh 3 Julai dipilih untuk mengucap syahadah kerana ianya merupakan tarikh kelahirannya.

Walaupun telah memeluk Islam, Felixia akan kekal menggunakan nama Cina. Dia hanya akan menambah nama Islam yang diperoleh daripada mimpi di hadapan nama asalnya.
Read More

Pasukan Bola Sepak Algeria Menderma Untuk Gaza Palestin

1 comment
Pasukan Bola Sepak Algeria Menderma Untuk Gaza Palestin

Pasukan Bola Sepak Algeria menderma untuk Gaza Palestin seperti mana yang didedahkan oleh penyerang pasukan bola sepak Algeria iaitu Islam Slimani. Imbuhan tersebut diperolehi daripada kejohanan Piala Dunia Fifa 2014 yang disalurkan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Algeria memainkan peranan penting dalam Piala Dunia Fifa 2014 apabila bersaing hebat dengan Jerman ke masa tambahan sebelum Jerman berjaya menewaskan Algeria.

Ianya kali pertama mereka layak ke pusingan kalah mati selepas tiga kali kemunculan di Piala Dunia.

Rakyat di Gaza lebih memerlukan daripada pasukan bola sepak Algeria dan kepulangan mereka disambut sebagai hero.
Read More

Penjawat Awam Terima RM500 Sempena Hari Raya Aidil Fitri

2 comments
Penjawat Awam Terima RM500 Sempena Hari Raya Aidil Fitri

Penjawat awam menerima RM500 sempena Hari Raya Aidil Fitri yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri. Ianya merupakan Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 juga turut diberikan kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai perkhidmatan mereka kepada negara. 

Pembayaran akan dilaksanakan pada 15 Julai 2014 yang membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.

Ianya diharapkan akan meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari raya.
Read More